KAFA Membuat Keputusan Untuk Menarik Diri Dari Liga Super

Encik Bakri oleh Encik Bakri 11 bulan yang lalu

Akhirnya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat keputusan untuk menarik diri selepas berkali-kali menyatakan bakal menarik diri Dari Liga Super 2017 kerana masalah kewangan yang teruk.

Sebelum ini KAFA berkali-kali menolak perletakan jawatan yang dibuat oleh Tan Sri Anuar Musa tetapi TSAM teguh dengan keputusan beliau setakat ini. Selepas gagal memujuk TSAM, KAFA pula berkali-kali menyatakan bakal menarik diri.

Dalam pada ura-ura hendak menarik diri Zahasmi dilantik sebagai ketua jurulatih baru dan dalam proses menyiapkan pasukan. Setiausaha KAFA , Datuk Ismail Md Noor, berkata mesyuarat khas exco KAFA yang diadakan malam kelmarin sudah mengambil kata sepakat bahawa Kelantan sudah tidak mampu dan terpaksa menarik diri pada musim hadapan.

"Keputusan untuk menarik diri dibuat selepas mendengar taklimat terperinci dari bendahari KAFA kerana sehingga kini kita masih gagal mendapat tajaan mana-mana pihak.

Ismail menambah lagi Kelantan memerlukan RM15 juta semusim di mana RM3 juta untuk menubuhkan pasukan dan RM12 juta lagi bagi kos mengurus dan operasi sepanjang musim.

KAFA menyatakan dalam tempoh ini(ketiadaan Anuar) mereka sudah berusaha dan hanya mendapat tajaa RM800 000 sahaja.

"Usaha berterusan sudah dilakukan oleh KAFA bagi mencari dana kewangan setakat ini masih gagal dan menemui jalan buntu. Kita hanya mampu meneruskan Liga M sekiranya ada penyelamat hadir pada saat-saat terakhir," katanya ketika dihubungi.

Tetapi keputusan akhir akan dibuat menerusi kongres luar biasa yang diadakan pada 29 Disember nanti sekiranya berlaku keajaiban hingga mengubah keputusan asal. Ini bukan muktamad lagi sebenarnya.

Dimana Mereka Disebalik Gerakan #ABAM

#ABAM merupakan singkatan kepada Asal Bukan Anuar Musa yang mahukan Anuar Musa meletakkan jawatan. Mereka semua menikus dan membangkitkan perihal hutang dan tunggakan gaji pemain selepas Anuar Musa meletakkan jawatan.

Di manakah mereka-mereka yang mahukan Anuar Musa meletakkan jawatan dan apakah tindakan seterusnya selepas Anuar turun sudah lebih sebulan? Adakah gerakan #ABAM ini sekadar permainan hashtag di laman sosial sahaja?

Retorik Dan Permainan Politik TSAM

Ada pendapat nakal yang berbaur politik menyatakan bahawa perletakan jawatan hanya retorik semata-mata dan permainan politik semata-mata. Di mana TSAM dijangka kembali dan menjadi penyelamat TRW bagi melonjakkan kredibiliti beliau?

Adakah ini semua percaturan New World Order seperti mana pertukaran kad ATM? Tetapi kenapa Kelantan menjadi pilihan?

Di Mana Kelab Penyokong Kelantan?

Di mana suara kelab penyokong Kelantan? atau penulis terlepas pandang. Kenapa tiada tindakan seperti penyokong Selangor yang mahukan pemilikan kelab oleh peminat dan seterusnya pasukan diswastakan?

Kebanyakkan negeri tidak mahu diswastakan kerana mendapat dana dari kerajaan negeri masing-masing. Bagi kes Kelantan kerajaan negeri tidak memperuntukan dana untuk KAFA dan telah lama bergantung kepada penajaan sepenuhnya.

Kami cuba merungkai segala persoalan ini tetapi akhirnya berakhir dengan pesoalan. Semoga Kelantan mendapat tajaan daripada Red Bull dan bertukar menjadi RB Kelantan.




Paparkan Komen