Kad Hijau Diperkenalkan Di Liga Itali

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 tahun yang lalu

Dibayangi keganasan bola sepak di kalangan penyokong dan gelaja mengatur perlawanan, liga divisyen 2 Itali, Serie B memperkenalkan kad hijau untuk sebarang aksi atau tindakan ‘fair-play’.

[caption id="attachment_1228" align="aligncenter" width="620"]MasalahLiga erie B usim lepas, pengganas bola sepak MasalahLiga erie B usim lepas, pengganas bola sepak[/caption]

Walaubagaimanapun, kad tersebut tidak akan dilayangkan ketika perlawanan, memandankan ini akan mengubah undang-undang permainan.

Sebaliknya, pengadil akan menghadiahkan kad hijau selepas perlawanan – samada untuk pemain di padang atau bangku simpanan, atau jurulatih.

Presiden liga Itali, Andrea Abodi menyatakan syarat untuk mendapat kad hijau, pemain atau jurulatih perlu membuat satu tindakan yang luar biasa baiknya.

Contohnya, pemain yang mengaku bola terkena tangan, melakukan ‘diving’ atau terludah pemain lawan seperti Nazmi Faiz Mansor.

[caption id="attachment_1229" align="aligncenter" width="640"]Kad Hijau mungkin akan menggalakkan Nazmi Fiz untuk berkkelakuan baik Kad Hijau mungkin akan menggalakkan Nazmi Fiz untuk berkkelakuan baik[/caption]

Pada penghujung musim, pasukan yang mendapat paling banyak kad hijau akan diberi ganjaran sama ada dalam bentu tunai atau faedah lain.

Pelaksanaan ini mungkin akan jadi bahan ketawa sesetengah pihak, namun ia adalah langkah yang menarik dalam percubaan untuk menyemai sikap professionalisme dan semangat kesukanan di kalangan pemain, pengurus dan penyokong pasukan yang bertanding.

Baca juga : Gaji tertunggak Liga Malaysia




Paparkan Komen