The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

K.Devan Bakal Direhatkan?

Encik Bakri pada February 23, 2016

KUALA LUMPUR: K.Devan Bakal Direhatkan? Kedudukan K Devan selaku pengendali Kelantan seharusnya semakin ‘panas’ berikutan penaja utama skuad itu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sudah mempersoalkan mengenai prestasi semasa jaguh Pantai Timur itu.

Ia susulan skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PDPTRW) dilihat masih gagal mencapai sasaran dan harapan tinggi Dr Hasmiza dan seluruh penyokong yang diletakkan ke atas bahu Devan dan anak buahnya.

Tindakan Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida yang memuat naik gambar bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak di Instagram miliknya yang dipetik daripada Facebook penyokong juga mencetuskan tanda tanya buat seluruh peminat PQPTRW.

Baca Juga : Ahmad Yusof Di Rehatkan Terengganu FA

Namun, masih belum dapat dipastikan sama ada Hodak bakal kembali ke Kelantan atau sebaliknya dengan Dr Vida ketika dihubungi BH Sukan semalam menjelaskan pihaknya masih mencari punca sebenar skuad Devan gagal mempamerkan aksi lebih menyerlah.

“Ia hanya baru permulaan. (Kita) sedang mencari punca. Alasan lapuk termasuk pemain import memerlukan masa tidak boleh diterima.

“Mereka (pemain import) profesional dan tiada alasan. Pemain tempatan beraksi dengan baik,” kata Dr Vida yang difahamkan kini berada di China.

Menerusi kenyataan dimuatnaik bersama gambar Hodak dalam Instagramnya yang dipetik dari salah satu Facebook penyokong PQPTRW pula, Dr Vida mengemukakan beberapa soalan kepada peminat Kelantan selepas skuad itu hampir diaibkan UKM FC pada saingan Piala FA, Sabtu lalu.

k-devan-bakal-direhatkan
“Penyudah 1-0, Apa anda rasa? Terlalu yakin? Devan? UKM yang agresif? Jangan libatkan Bojan dulu, kita bincang senario terkini dan ambil iktibar,” kata Dr Vida menerusi Instagram miliknya.

BH Sukan semalam melaporkan lapan jurulatih termasuk Devan mungkin berada dalam kedudukan panas selepas pasukan bimbingan mereka gagal menyerlah pada peringkat awal musim ini.

Baca : Traore Perlu Mandi Bunga Untuk Buang Badi

Selepas tiga perlawanan, anak didik Devan hanya mampu menjaringkan dua gol setakat ini, malah sekadar menang tipis 1-0 ke atas `pelajar universiti’, UKM FC dalam aksi Piala FA. Bagaimanapun Devan, ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut mengenai luahan Dr Vida dan kedudukannya.

Sumber : Berita Harian


Download aplikasi The Sukan di Google Play