Jumlah Wang Kemenangan Setiap Pasukan di EPL Musim 2016-2017

Eikrem oleh Eikrem 4 bulan yang lalu

Liga Perdana Inggeris sudah tamat, dan Chelsea juara. Manchester United di tangga keenam, dan Liverpool memperoleh trofi khas menamatkan liga di atas United, manakala Arsenal ditendang keluar daripada kelompok empat terbaik.

Guardiola pula mengalami tekanan jiwa yang teruk kerana buat pertama kali gagal memenangi liga dan Tottenham Hotspur secara diam-diam menyelinap masuk ke tangga kedua.

Itu cerita di atas padang.

Seperti yang diketahui umum Liga Perdana Inggeris adalah liga yang paling mahal di dunia dan setiap pasukan menjana pendapatan berjuta-juta pound sterling pada setiap musim.

Pendapatan daripada liga secara umumnya terbahagi kepada dua;

1- Kedudukan akhir selepas 38 perlawanan liga

2- Duit royalti hak penyiaran.

Cerita jualan tiket, penajaan, jualan jersi bla bla bla tu kau bincang jauh-jauh. Tak nak cerita yang tu.

Selaku juara liga, Chelsea mendapat hadiah sebanyak £38 juta (RM212.8 juta), manakala selaku pasukan di tangga terbawah, Sunderland sekadar mendapat £1.9 juta (RM 10.64 juta).

Itu baru duit hasil kedudukan liga. Memandangkan EPL merupakan liga yang paling ramai penonton di seluruh dunia, maka penyiar rasmi - Sky Sports and BT Sport, membayar setiap pasukan sebanyak £84.4 juta (RM 472.64 juta) dan nilai ini adalah nilai asas.

Setiap pasukan akan mendapat tambahan minimum £13.6 juta, dan £940,000 untuk setiap perlawanan mereka yang disiarkan secara langsung.

Berikut adalah jumlah wang yang berjaya dijana setiap pasukan di EPL.

Jumlah wang diperoleh setiap pasukan EPL | Gambar : Mirror Football

Pasukan Chelsea selaku juara mendapat pendapatan tertinggi secara keseluruhan, £152.8 juta, namun meskipun menduduki tangga ketiga liga, Manchester City merekodkan jumlah wang diperolehi adalah £149 juta - kedua tertinggi selepas Chelsea.

Tapi yang seronoknya Sunderland, walaupun kedudukan terbawah masih mampu menjana pendapatan £99.9 juta.

Bagus mat saleh ni, mereka agak telus dan terbuka dalam bab duit ni. Harap-harap lepas ni FAM dan FMLLP pun akan mengikut jejak langkah mat saleh la pula.

Sumber rujukan : Mirror Football




Paparkan Komen