The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Juara Di Tajikistan JDT Juara Piala AFC 2015 Lakaran Baru Sejarah (video)

Encik Bakri pada November 1, 2015

Juara Di Tajikistan (JDT) Juara Piala AFC 2015 Satu Lakaran Sejarah Bola Sepak Malaysia. JDT akhirnya berjaya membuka lembaran baru sejarah bola sepak Malaysia dengan membawa Piala AFC ke bumi Malaysia.

JDT menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang layak ke separuh akhir dan ke perlawanan akhir seterusnya menjadi juara edisi 2015. Leandro Velazquez muncul wira skuad Harimau Selatan apabila menjaringkan gol tunggal buat pasukan pada minit ke-22.

Meskipun permainan lebih banyak dikuasai oleh kelab dari Tajikistan, pasukan bimbingan Mario Gomez lebih tenang menyerap tekanan diberikan oleh pasukan lawan sepanjang 90 minit.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri gagal memberi kelebihan buat FC Istiklol untuk merangkul kejuaraan sekali gus terpaksa berputih mata melihat JDT membawa pulang Piala AFC buat kali pertama Malaysia.

JDT berjaya melangkah ke perlawanan akhir dengan layak secara automatik susulan penggantungan kelab dari Kuwait FA yang bersaing dalam Piala AFC.

Lebih manis lagi bagi JDT apabila kapten mereka, Safiq Rahim dipilih sebagai Pemain Paling(MVP) Bernilai di kejohanan ini

AFC CUP 2015 FINAL – ISTIKLOL 0-1 JDT – HIGHLIGHT

ROAD TO FINAL AFC CUP 2015 : Istiklol vs JDT

Kami bawakan kepada anda liku perjalanan JDT sehingga ke Final AFC Cup 2015 dalam edisi “ROAD TO FINAL AFC CUP 2015 : Istiklol vs JDT”. Ikuti soroton perlawanan JDT diperlawanan pertama peringkat kumpulan sehingga ke separuh akhir pertama serta penggantungan Kuwait FA oleh FIFA.

Setelah gagal dalam kelayakan Asia Champions League di pusingan kedua play-off JDT kembali bersaing di dalam AFC CUP 2015. JDT diletakkan di dalam kumpulan F bersama Kitchee, East Bengal dan Balestier Khalsa.

2015 AFC Cup Wikipedia the free encyclopedia 2

Satu lagi wakil Malaysia di dalam kejohanan ini adalah Pahang yang mara ke suku akhir sebelum kandas di tangan Istiklol. JDT menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai juara kumpulan F dengan 15 mata dimana JDT mencatatkan 5 kemenangan dan satu kekalahan.

2015 AFC Cup Wikipedia the free encyclopedia

Di pusingan 16 pasukan terbaik  JDT diundi bertemu kelab dair Myanmar Ayeyawady United dan JDT mudah mara ke suku akhir setelah membelasah Ayeyawady United 5-0. Di suku akhir JDT bertemu South China.

JDT berdepan laluan sukar pada suku akhir pertama dengan mencatat keputusan seri 1-1 kesan dari jadual Liga Super yang padat dan merapu. Pada suku akhir kedua dua minggu kemudian dimana Liga Super telah tamat, JDT telah menumpaskan South China 3-1 di tempat lawan dan mara dengan aggregate 4-2.

JDT mencatat sejarah sebagai pasukan pertama dari Malaysia mara ke Separuh Akhir AFC Cup buat pertama kali. Di separuh akhir pertama JDT tewas 3-1 kepada Qadsia SC dari Kuwait. Sebelum berlangsungnya separuh akhir kedua Persatuan Bola Sepak Kuwait di gantung FIFA.

Dengan penggantungan Kuwait FA, AFC memutuskan JDT layak ke final secara automatik. Di final JDT bertemu Istiklol kelab dari Tajikistan yang juga layak kerana penggantungan Kuwait FA. Istiklol bertemu Kuwait SC separuh akhir.

Ikuti soroton video perlawanan dari perlawanan pertama peringkat kumpulan sehingga ke separuh akhir, mampukah JDT mencipta sejarah dengan muncul sebagai juara AFC Cup 2015?

Match 1 – Johor Darul Ta’zim 4-1 Kingfishes East Bengal – AFC Cup 2015 (240215)

Pada perlawanan ini JDT mendahului melalui sepakan percuma cantik Nazrin Nawi pada minit ke-9 sebelum pemain Kingfisher East Bengal Ranti Martins menyamakan kedudukan pada minit ke-35. Tiga minit selepas itu Safiq Rahim meletakkan JDT dihadapan hasil jaringan penalti selepas bola terkena tangan pemain lawan.

Di awal separuh masa kedua JDT bermula garang dan menambah gol melalui Suppiah Chanturu pada minit ke-47. Enam minit berselang Safee Sali melengkapkan kemenangan dengan sepakan gunting yang cantik pada minit ke-53 untuk kemenganan 4-1.

Match 2 – Balestier Khalsa 0-1 Johor Darul Ta’zim- AFC Cup 2015 (100315)

Turun tanpa tonggak utama termasuk penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias serta tonggak import, Marcos Antonio dan Luciano Figueroa manakala Safiq Rahim, S Kunanlan dan pemain kebangsaan Singapura, Hariss Harun hanya dimasukkan sebagai pemain gantian.

JDT ketkia ini masih di bawah kendalian Bojan Hodak akhirnya memperoleh gol kemenangan pada masa kecederaan melalui Asraruddin Putra Omar yang melepaskan sepakan kaki kiri selepas menerima lorongan Hariss untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Zaiful Nizam Abdullah pada minit ke-93.

Match 3 – Kitchee 2-0 Johor Darul Ta’zim- AFC Cup 2015 (170315)

JDT gagal meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan F Piala AFC apabila tewas 2-0 kepada kelab dari Hong Kong Kitchee SC. Perlawanan berlangsung di Stadium Mongkok.

Dua gol Kitchee SC dijaringkan oleh dua pemain import dari Sepanyol iaitu Juan Belencoso pada minit ke-26 dan Jordi Tarres Paramo pada minit ke-34. Dengan kekalahan ini , JDT kini berada di tangga kedua kumpulan dengan enam 6 manakala Kitchee mendahului dengan tujuh mata.

Match 4 – Johor Darul Ta’zim 2-0 Kitchee FC- AFC Cup 2015 (140415)

JDT menampilkan aksi bertenaga untuk menewaskan Kitchee SC 2-0 pada saingan Kumpulan F Piala AFC di Stadium Larkin. Kejayaan JDT itu yang sebelum ini tumpas 0-2 ke atas pasukan dari Hong Kong tersebut di tempat lawan, membolehkan mereka menghuni semula tangga teratas Kumpulan F, setelah mengutip sembilan mata.

JDT lebih banyak mengasak pintu gol lawan sejak dari awal permainan. Usaha mereka berhasil apabila gol pertama pasukan kendalian Bojan Hodak itu hadir pada minit ke-17 menerusi pemain import, Luciano Figueroa yang berjaya menyempurnakan hantaran leret ketua pasukan Safiq Rahim.

Lo Kwan Yee hampir menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-22, namun percubaan beliau dari sepakan jarak jauh berjaya dihalang penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan. Safiq terus bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol kedua skuad Harimau Selatan melalui sepakan penalti pada minit ke-42, selepas pertahanan lawan menjatuhkan S. Kunalan dalam kotak penalti.

Bersambung babak kedua, JDT dan Kitchee SC saling berbalas serangan, namun kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol.

Match 5 – Kingfisher East Bengal 0-1 Johor Darul Ta’zim- AFC Cup 2015 (280415)

Pada perlawanan ini JDT bermain tanpa jurulatih kerana Bojan Hodak direhatkan kerana prestasi yang buruk di Liga Super dimana daripada 9 perlawanan, JDT hanya mampu menang 4 perlawanan untuk sekadar menduduki tangga ke-4 liga. JDT juga terkandas dalam saingan Piala FA. Bojan direhatkan selepas kekalahan 2-1 kepada Perak.

Sementara menunggu kedatangan Mario Gomez, Ismail Ibrahim dilantik sebagai pengendali sementara. Tugas pertama Ismail adalah perlawanan ke-5 kumpulan menentang East Bengal FC di India. Selepas menyusuri perjalanan sejauh 4700 km dan bermain dibawah hujan lebat dan perlawanan terpaksa dihentikan sebelum bersambung semula.

JDT menang 1-0 hasil jaringan Amri Yahyah. Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan JDT sebagai pendahulu kumpulan F. Tanpa kemenangan ini, JDT berisiko bertemu lawan yang lebih kuat dalam pusingan seterusnya.

Match 6 – Johor Darul Tazim 3-0 Balestier Khalsa FC- AFC Cup 2015 (120515)

Johor Darul Ta’zim (JDT) bangkit garang meledak tiga gol pada babak kedua untuk menewaskan wakil Singapura, Balestier Khalsa FC 3-0. Kemenangan ini menyaksikan skuad bergelar Harimau Selatan itu muncul juara Kumpulan F dan layak ke pusingan 16 terakhir.

Tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-76 hasil rembatan pemain gantian, Safee Sali yang melibas bola tepat menerjah jaring menewaskan penjaga gol pelawat, Zaiful Nizam. Ketika aksi berbaki lima minit Safiq Rahim menambah gol kedua dengan rembatan kencang sebelum Luciano Figueroa mengesahkan mata penuh JDT dengan gol ketiga pada minit terakhir permainan.

JDT sah sebagai juara Kumpulan F dan bakal bertemu Ayeyawady United di pusingan 16 pasukan terakhir.

Round of 16 – Johor Darul Ta’zim 5-0 Ayeyawady United- AFC Cup 2015 (270515)

Ibarat kepulangan yang dinanti, penampilan semula Jorge Rolando Pereyra Diaz memberi inspirasi kepada JDT untuk membelasah Ayeyawady United 5-0. Gandingan Diaz dan Figueroa nyata berbisa dan memberi inspirasi dan motivasi kepada pemain lain.

Seawal minit kedua, Safiq Rahim berjaya meledakkan gol pertama menerusi rembatan kencang selepas menyambut hantaran Figueroa. Ayeyawady cuba merapatkan jurang pada minit ke-14 namun hantaran silang Sim Woon Sub gagal dimanfaatkan Naumov Riste.

Pada minit ke-20 Mohd Nazrin Mohd Nawi cuba untuk menambahkan jaringan namun rembatannya juga sekadar tersasar tiang gol. Pada babak kedua, JDT tidak memerlukan masa yang lama untuk menjaringkan gol kedua, hasil rembatan kencang Figueroa yang gagal ditepis penjaga gol Ayeyawady, Vanlai Hruai pada minit ke-42.

Keputusan membuatkan kelab Myanmar itu lebih tertekan, sebelum mereka dikejutkan lagi dengan dua jaringan daripada Diaz pada minit ke-60 dan 73. Di saat perlawanan memasuki masa tambahan pada minit ke-90, Figueroa sempat menghadiahkan gol kelima buat JDT. Dalam perlawanan ini, Diaz menjaringkan 2 gol dan menyumbang 2 bantuan gol.

Quarter Final 1st Leg – Johor Darul Ta’zim 1-1 South China- AFC Cup 2015 (250815)

Selepas dua hari menjuarai Liga Super serta menjalani jadual Liga Super yang padat dan gila JDT terpaksa menghadapi perlawanan suku akhir pertama menentang bekas pasukan kendalian Mario Gomez, South China.

Berikutan pemain masih keletihan akibat jadual perlawanan Liga Super yang super padat JDT berdepan laluan agak sukar untuk melayakkan diri ke separuh akhir apbila bekalan besar yang diharapkan ketika bertemu South China FC pada suku akhir pertama Piala AFCtidak kesampaian apabila keputusan berakhir seri 1-1.

Beraksi dalam keadaan hujan, JDT berjaya di depan menerusi penalti penyerang berbahaya Luciano Figueroa pada minit ke-49. South China begitupun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-64 menerusi Mahama Awal.

Mario Gomez dalam kenyataanya selepas perlawanan berkata JDT mampu menang dalam perlawanan dua minggu mendatang kerana pemainnya akan memperoleh rehat yang secukupnya.

Quarter Final 2nd Leg – South China 1-3 Johor Darul Ta’zim- AFC Cup 2015 (150915)

JDT mencipta sejarah muncul pasukan pertama dari Malaysia mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC 2015 selepas menewaskan kelab Hong Kong, South China 3-1. Pada perlawanan ini JDT mempamerkan aksi bertenaga dan terpaksa bermain 10 orang setelah Figueroa dikenakan kad merah pada minit ke-36 selepas mendahului 2-1.

Pada aksi di Stadium Mongkok itu, gol-gol kemenangan JDT dijaringkan Mahali Jasuli pada minit ke-25 diikuti dua jaringan penyerang, Safee Sali pada minit ke-29 dan masa kecederaan babak pertama. Gol sagu hati South China dijaringkan Mahama Awal pada minit ke-27.

Semi Final 1st Leg – Qadsia SC 3-1 Johor Darul Ta’zim- AFC Cup 2015 (300915)

JDT berdepan laluan sukar layak ke final selepas tumpas 1-3 kepada juara bertahan Al-Qadsia SC dari Kuwait pada aksi separuh akhir pertama. JDT nyata tempang tanpa Figueroa yang digantung kerana menerima kad merah pada perlawanan suku akhir kedua.

Qadsia SC membuka tirai jaringan pada minit ke-31 menerusi Fuakuputu Doris Salomo yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut rakan sepasukan. Pasukan tuan rumah menggandakan kedudukan pada minit ke-42 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten pasukan, Bader Al Almotawaa selepas beliau dijatuhkan oleh Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Bersambung separuh masa kedua, Qadsia meneruskan asakan ke kubu JDT dan mereka berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-57 menerusi percubaan luar kotak penalti pemain import dari Guinea, Seydouba Soumah. Skuad Harimau Selatan berjaya mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-82 menerusi pemain gantian, Mohd Amri Yahyah yang memanfaatkan hantaran daripada Leandro Velazquez.

Malam yang serba tidak menjadi buat JDT yang bergelut sepanjang perlawanan untuk membuat hantaran dan
menandingi kelebihan fizikal pemain Qadsia. Jaringan cantik Amri yang menjadi perbualan hangat media antarabangsa menjadi bekalan JDT untuk bangkit di kubu kebal mereka Larkin

Semi Final 2nd Leg – Qadsia SC vs Johor Darul Ta’zim- AFC Cup 2015 (201015)

jdt-ke-final-afc-2015

JDT mara ke Final selepas Kuwait FA digantung FIFA dan AFC mengesahkan bahawa berikutan keputusan FIFA untuk menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait dan kesemua ahlinya dalam aktiviti bola sepak, Kuwait SC dan Qadsia SC tidak lagi layak untuk beraksi pada separuh akhir AFC Cup.

jdt-istiklol-ke-final-afc-2015-

Maka perlawanan final AFC Cup kini akan membabitkan Johor Darul Ta’zim dari Malaysia dan FC Istiklol dari Tajikistan. Jika Pahang berjaya menewaskan Istiklol di Suku Akhir maka dua wakil Malaysia akan bertemu di Final.

ROAD TO FINAL AFC CUP 2015 : Istiklol vs JDT


Download aplikasi The Sukan di Google Play