Jose Mourinho Pecat Budak Milo Manchester United

Eikrem oleh Eikrem 8 bulan yang lalu

Jose Mourinho memang dikenali dengan rekod buruknya dengan budak-budak. Sepanjang menguruskan kelab-kelab utama Eropah, Mourinho dilihat gagal untuk memberikan peluang kepada pemain muda untuk mengembangkan bakat.

Akan tetapi hari ini, Mourinho membuka cerita barunya bersama budak-budak apabila dia telah meminta kelab majikannya, Manchester United, untuk menukar budak pengutip bola di Old Trafford.

Mungkin satu hari nanti Jose sendiri akan menjadi budak Mlo?

Alasannya, mereka tidak cukup pantas untuk membantu pasukan Syaitan Merah ketika mereka dalam situasi menyerang.

Sebelum ini, pengutip bola di Old Trafford diambil daripada Yayasan Manchesr United, namun bermula daripada perlawanan menentang Liverpool tempoh hari, Mourinho telah mengarahkan supaya pengutip bola diambil dari kalangan pemain muda di akademi kelab tersebut.

Baginya, pemain di akademi lebih faham akan situasi permainan dan lebih mudah untuk membantu pasukan sama ada melengahkan perlawanan ketika pasukan mendahului, atau mempercepatkan perlawanan ketika pasukan ketinggalan.

Oh Jose. Hati kau memang keras Jose.




Paparkan Komen