The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Jose Mourinho mungkin akan masih diberi peluang – tetapi…

Eikrem pada November 2, 2015

Sekali lagi Chelsea tewas, kali keenam dalam 11 perlawanan musim ini kepada Liverpool di laman sendiri. Stamford Bridge bagaikan sudah hilang keramatnya dan tidak lagi seperti dulu.

Kekalahan ini membuatkan banyak spekulasi diperkatakan tentang masa depan pengurus, Jose Mourinho. Ada yang mengatakan bahawa beliau bakal dipecat,bukan direhatkan seperti pasukan-pasukan bodoh di Liga Malaysia.

Gerimis di hati Hazard
Gerimis di hati Hazard

Walaupun bagaimanapun sumber dalaman Chelsea ada memberitahu Daily Sukan bahawa Jose masih akan dikekalkan dalam masa terdekat ini akan tetapi beliau akan menghadapi satu masalah besar – menghadapi konfrontasi pemain.

Pemain terbaik Chelsea musim lepas, Eden Hazard, dikatakan sedang menghadapi masalah hubungan dengan Jose dan masalah ini dikatakan semakin lama semakin tenat. Dalam perlawanan menentang Liverpool, Hazard dikeluarkan oleh Jose tidak sampai minit ke-60 dan ini boleh difahami kerana Jose mahu membantu meringankan stress Hazard di dalam padang.

Dalam perlawanan tersebut, Hazard ternyata Hazard-less kerana tiada cross, tiada dribble melepasi pemain lawan, tiada cubaan tepat dan tiada peluang yang dicipta.

Sumber dalaman Chelsea juga ada menyatakan bahawa sesetengah pemain senior berkata ‘kami lebih rela kalah dari menang untuk Mourinho’.

John Obi Mikel ketika ditemuramah sebaliknya menafikan semua dakwaan negatif yang menghantui Chelsea.

“Dia (Jose) masih lagi 100% untuk pemain. Penyokong teguh di belakangnya. Pemain juga masih teguh di belakangnya.

“Dalam latihan kami berusaha keras. Masanya akan tiba (Chelsea akan naik semula)”.


Download aplikasi The Sukan di Google Play