The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Jose Mourinho Mengaku Beliau Marah Dengan Chelsea physio Eva Carneiro (video)

Encik Bakri pada August 9, 2015

LONDON: Jose Mourinho mengamuk ke atas pasukan perubatannya ketika Chelsea hanya mampu seri 2-2 dengan Swansea City dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge di sini, malam tadi.

Pengendali skuad The Blues itu berang apabila mereka masuk ke padang dalam aksi berkenaan tanpa menyedari tindakan merawat penyerang pasukan, Eden Hazard itu hampir menyebabkan mereka tewas.

Chelsea ketika itu beraksi dengan sembilan pemain tatkala saingan liga menuju ke penghujungnya, apabila Dr Eva Carneiro memberikan rawatan ke atas Hazard yang terbaring.

Mourinho menyifatkan tindakan mereka itu silap. Dia sebelum itu kecewa selepas Chelsea beraksi dengan 10 pemain berikutan penjaga gol, Thibaut Courtois dibuang padang pada minit ke-52.

“Saya tidak gembira dengan pasukan perubatan saya. Walaupun anda pembantu, doktor atau setiausaha pasukan yang duduk di bangku simpanan, anda perlu memahami sesuatu perlawanan.

“Anda mesti tahu, anda kekurangan seorang pemain dan apabila anda masuk ke padang untuk membantu pemain, anda mesti memastikan dia mengalami kecederaan serius.

“Saya tidak pasti sama ada dia (Hazard) mengalami kecederaan serius. Dia terjatuh kerana letih.

” Tetapi pasukan perubatan saya – mengikut gerak hati – mereka naif dan membiarkan pasukan tinggal dengan lapan pemain di padang untuk menahan serangan lawan,” katanya sambil enggan mengulas mengenai kad merah yang diterima Courtois.

Dalam perlawanan pembukaan malam tadi itu, Chelsea mendahului dua kali sebelum berjaya disamakan Swansea. Gol The Blues dijaringkan Oscar pada minit ke-23, sebelum disamakan Andre Ayew sembilan minit kemudian. Mereka kembali berada di depan sebelum rehat selepas benteng Swansea, Federico Fernandez tertampan bola ke gawang sendiri.

Pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi Bafetimbi Gomis yang menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan Courtois dalam kotak penalti.

– AGENSI