Jorginho Memakai Jersi Dengan Ejaan Nama Yang Salah

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Pemain tengah Chelsea, Jorginho telah mengalami insiden yang memalukan dalam perlawana UEFA Super Cup selepas cetakan namanya di jersi yang dipakai dalam perlawanan tersebut telah dieja dengan ejaan yang salah.

Dalam perlawanan yang menemukan Liverpool selaku juara Champions League dengan chelsea yang merupakan juara kejohanan kelas dua Eropah, Europa League, Liverpool menang apabila bangkit selepas ketinggalan.

Perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 2-2 selepas masa tambahan dan Liverpool menang dengan keputusan 5-4 apabila Tammy Abraham gagal menyempurnakan sepakan terakhir.

Ejaan yang nyata salah di jersi Jorginho telah menjadi bahan bualan dan tular di media sosial apabila nama Jorginho bertukar menjadi Jorghino. Satu kesilapan yang memalukan.

Kesemua pihak terlepas pandang termasuk Jorginho seniri dengan kesilapan itu sehingga memaksa warga net menjalanklan tugas.




Paparkan Komen