The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gambar: John Terry

John Terry Mendedahkan Beliau Hampir Menyertai Manchester United

Encik Bakri pada September 7, 2016

John Terry mendedah bahawa beliau hampir menyertai Manchester United. Melalui laman Instagram beliau, Terry telah mengimbau kenangan lalu dengan memuat naik gambar beliau bersama Sir Alex Ferguson, pengurus terulung pasukan Manchester United.

John Terry tinggal dan membesar di London, Terry muncul sebagai antara pemain Chelsea yang popular serta dikenali sepanjang zaman. Tetapi semasa zaman kanak-kanak Terry merupakan seorang peminat setia Manchester United.

Perkara ini seolah-olah disahkan sendiri oleh John Terry apabila beliau memuat naik sekeping gambar lama yang diambil bersama pengurus Manchester United, Alex Ferguson dan kedua ibu bapanya. Cantik rambut Terry.

Dalam satu temuramah Terry pernah memberitahu bahawa beliau sangat mengagumi Pengurus lagenda Manchester United itu.

Baca :ย Formula Kejayaan Alex Ferguson di Manchester United

Pada tahun 2006 John Terry telah memberitahu akhbar The Guardian bahawa semasa muda remaja beliau merupakan seorang penyokong Manchester United

“Anda tentulah akan menyokong sebuah pasukan yang memengangi segala-galanya, gila kau kalau tak sokong” kata John Terry

Kemudian seakan tersedar statusnya sebagai pemain Chelsea, Terry cuba menutup kenyataan itu dengan berkata

“Tetapi pada hari pertama saya di Chelsea, saya sedar inilah kelab yang saya mahu berada. Saya sangat sayang kelab ini, muah! muah!” tambah Terry sambil membuat aksi Datuk Seri Vida.

Menurut beberapa laporan di atas talian, Ferguson secara peribadi telah memantau Terry semasa Terry berlatih bersama Manchester United sebelum ditandatangi oleh Chelsea.

Semasa berusia 14 tahun Terry telah meluangkan masa bersama Manchester United dimana United memenangi kejuaraan berganda pada musim 1995/1996 semasa gambar di bawah diambil.

Sumber : 101 Great Goals


Download aplikasi The Sukan di Google Play