The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gambar: Getty Images

Joe Hart Akhirnya Di Pinjamkan Ke Torino

Encik Bakri pada August 31, 2016

Setelah melalui permulaan musim yang buruk bersama City kerana di sisihkan oleh pengendali baru Pep Guardiola, kini Hart bola menarik nafas lega apabila dipinjamkan ke kelab Italy, Torino.

Penjaga gol Manchester City, Joe Hart, tiba di Turin, Itali, sambil memegang jersi Torino bagi melengkapkan perpindahan ke kelab Serie A itu.

Hart bakal beraksi di Stadio Olimpico secara pinjaman musim ini setelah kehilangan tempatnya di Stadium Etihad.

Pep Guardiola telah menyisihkan Hart dengan menurunkan Willy Caballero dalam tiga aksi Liga Perdana Inggeris setakat ini dengan penampilan sulung Hart hadir dalam aksi play-off kedua Liga Juara-Juara Eropah berdepan Steaua Bucharest di Romania.

Bekas penjaga gol Barcelona, Claudio Bravo yang di ikat Guardiola minggu lalu bakal menjadi penjaga gol utama City selepas berhijrah dari Barcelona.

Pembelian Bravo menyebabkan Hart ingin keluar dari City kerana mahu mendapatkan lebih perlawanan bermain bagi menempatkan diri sebagai prnjaga gol England.

Hart sebelum ini telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, Sunderland dan Everton sebelum dibenarkan meninggalkan latihan bersama skuad kebangsaan England pada Selasa untuk menyempurnakan perpindahannya ke Torino.

Ketibaan pemain berusia 29 tahun itu disambut meriah di Turin, apabila hadir dengan memegang jersi pasukan itu.

Penghijrahan Hart ke Torino telah disahkan ejenya, Jonathan Barnett.

“Ya, Joe Hart akan beraksi bersama Torino. Segala-galanya sudah ditetapkan.”

Torino memulakan kempen Serie A dengan kekalahan 3-2 kepada AC Milan sebelum bangkit dalam perlawanan seterusnya untuk membelasah Bologna 5-1 di laman sendiri.

Hart dijangka membuat penampilan pada 11 September ini berdepan Atalanta.

Sumber : Stadium Astro


Download aplikasi The Sukan di Google Play