The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Jersi Faiz Subri Akan Dilelong RM100 000

Encik Bakri pada February 17, 2016

GEORGETOWN: Jersi, seluar, stokin dan but bola penjaring sensasi skuad Harimau Kumbang, Mohd Faiz Subri, bakal dilelong Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Bendaharinya, Datuk M Murly, berkata kelengkapan dipakai Mohd Faiz ketika menjaringkan gol sehingga menjadi ‘viral’ di seluruh dunia itu akan dilelong pada harga permulaan sebanyak RM100,000.

Katanya, lelongan itu bertujuan mengumpul dana yang akan digunakan bagi program pembangunan bola sepak bawah 16 tahun dan pencarian bakat muda bola sepak di negeri ini.

“Lelongan itu dijangka akan dibuat dalam masa terdekat dan berlangsung selama dua minggu melalui platform atas talian yang boleh diakses melalui laman rasmi FAP.

“Kita akan membuat hebahan melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter bagi memberitahu hal ini kepada peminat bola sepak negara,” katanya pada sidang media, di sini, petang tadi.

Semalam, pemain tengah skuad Liga Super Pulau Pinang itu mencipta fenomena apabila gol yang dijaringkan menjadi viral di seluruh dunia dan turut disamakan dengan jaringan pemain legenda Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997.

Kata Murly, lelongan itu juga dibuat untuk mengukur sejauh mana peminat bola sepak dan sektor swasta di negara ini sanggup ‘berkorban’ bagi mendapatkan kelengkapan penjaring sensasi negara itu.

Jaringan Sepakan Percuma Faiz Subri

Berita Asal : Berita Harian