The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Jendela Perpindahan : Bila Di Buka Dan Di Tutup?

Eikrem pada May 30, 2016

Musim bola sepak di pusat tamadun bola sepak telah secara rasminya telah tamat dan pastinya peminat akan menumpukan perhatian terhadap musim Jendela Perpindahan Perpindahan dan gossip di sekelilingnya.

Memandangkan tahun ini kejohanan besar Euro 2016 akan berlangsung di eropah, kita pasti menjangkakan bahawa beberapa senarai perpindahan yang penting akan dilakukan secepat mungkin.

Sebab itulah juga Louis Van Gaal telah dipecat sebaik perlawanan terakhir Manchester United tempoh hari. Berikut adalah info asas berkenaan jendela perpindahan musim panas tahun ini.

Jendela Perpindahan : Bila Di Buka?

– Jam 0001 pada 1 Julai 2015. Pemain yang telah dipersetujui untuk berpindah sebelum tarikh ini hanya boleh didaftar bermula pada tarikh ini.

Contohnya perpindahan Renato Sanches dari Benfica ke Bayern Munich yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan.

Adakah Tempoh Jendela Perpindahan Sama Di Seluruh Eropah?

TIDAK. Pintu perpindahan untuk kebanyakan liga utama Eropah masih belum ditetapkan, akan tetapi selalunya liga di Perancis, Jerman, Sepanyol dan Itali musim perpindahan akan bermula pada permulaan Jun.

– Liga Russia dimainkan dari awal tahun sehingga akhir tahun, jadi perpindahan musim panas mereka hanya sebulan, dan perpindahan musim sejuk mereka lebih lama dari negara lain di eropah.

Bila Kontrak Pemain Tamat?

– Selalunya kontrak pemain professional di Eropah akan tamat pada penghujung Jun. Pemain yang tamat kontrak akan menjadi ejen bebas, dan boleh memilih mana-mana kelab untuk disertai tanpa perbincangan dengan kelab asalnya melalui peraturan Bosman.

Kalau pemain tu masih ada baki kontrak dengan pasukan A tapi pasukan yang berminat untuk dapatkannya tidak mahu membayar mengikut apa yang diminta kelab A, adakah perpindahan akan berlaku?

Kalau di eropah tak akan berlaku. Tapi kalau di Liga Malaysia boleh berlaku. Ingat Norshahrul Idlan Talaha?

Kalau pemain tu masih mempunyai baki kontrak selama setahun dengan kelab Russia, dan Liverpool berminat untuk membelinya sedangkan jendela perpindahan di Russia belum dibuka. Adakah pemain tersebut masih boleh dibeli?

– Panjang betul soalan kau.

– Jika pintu perpindahan dibuka di England, maka pemain tersebut boleh didaftarkan bersama Liverpool setelah yuran perpindahan dipersetujui antara kedua-dua pasukan.

– Jendela perpindahan adalah untuk pendaftaran pemain masuk, bukan pemain keluar.

– Walaupun jendela perpindahan di Russia belum dibuka, kelab negara lain yang sedang dibuka jendela perpindahannya masih boleh mendapatkan pemain dari liga Russia, termasuk pasukan Liga Malaysia.

Musim lepas David De Gea hampir menyertai Real Madrid, tapi tak jadi pada saat akhir. Kenapa ya?

– Pertama : urusan tersebut dimulakan pada hari terakhir perpindahan.

– Kedua : deadline bagi musim perpindahan pada musim lepas ialah pada jam 2359 waktu Greenwich, dan sebarang dokumen yang perlu ditandatangani oleh kedua-dua pasukan perlu dihantar ke jawatankuasa perpindahan liga masing-masing sebelum waktu tersebut.

– Dalam kes de Gea, mesin faks Real Madrid dikatakan rosak dan mereka hanya menerima dokumen pengesahan persetujuan perpindahan de Gea selepas pukul 2 pagi.

– Tahun 2015 tapi masih menggunakan faks, sedangkan email ada. Cerdik tak?

Berapakah jumlah wang akan dibelanja untuk musim perpindahan kali ini?

– Musim lepas dah GBP 1billion. Tahun ni perbelanjaan dijangka akan terus meningkat memandangkan kelab besar seperti Manchester United, Manchester City, Liverpool* dan Chelsea baru sahaja mendapat pengurus baru.

*Jendela perpindahan musim panas pertama Klopp.

Jendela Perpindahan : Bila Di Tutup?

– Isnin, 31 Ogos 2015, jam 12 tengah malam.

Antara perpindahan berprofil tinggi yang disebut-sebut akan berlaku pada musim panas ini :

Pemain Kelab Asal Kelab Destinasi
Zlatan Ibrahimovic Ejen bebas Man Utd
Paul Pogba Juventus Man Utd / Chelsea
Oscar Chelsea Juventus
John Stones Everton Man Utd
Pierre-Emerick Aubameyang Borussia Dortmund Juventus
Safee Sali Bayern Munich Real Madrid
Ilkay Gundongan Borussia Dortmund Man City

Download aplikasi The Sukan di Google Play