The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

JDT Mengesahkan Gelaran Juara Liga Super 2016

Encik Bakri pada September 10, 2016

Johor Darul Ta’zim (JDT) menempa sejarah baharu bola sepak tempatan selepas merangkul kejuaraan hatrik Liga Super selepas menundukkan Terengganu 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Lebih manis, pasukan Harimau Selatan itu sudah dinobatkan juara ketika saingan masih berbaki dua lagi perlawanan apabila meninggalkan pencabar terdekat, FELDA United dengan 10 mata tatkala pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu hanya akan beraksi menentang T-Team, malam esok.

Anak buah Mario Gomez beroleh gol pendahuluan susulan larian deras bek kanan JDT, S Kunanlan yang meluru masuk ke kotak penalti yang menghukum pelawat selepas bentesan ke atas bekas pemain kebangsaan itu menghadiahkan sepakan penalti buat tuan rumah pada minit ke-27.

Sepakan penalti mudah disempurnakan penjaring terbanyak JDT, Jorge Pereyra Diaz yang merembat ke sebelah kanan menewaskan Mohd Sharbinee Alawee untuk gol pertama JDT.

JDT sekali lagi beroleh sepakan penalti selepas Sharbinee Alawee mengasari Diaz di dalam kotak penalti dan kali ini, giliran Safiq Rahim meledak daripada jarak 11 meter untuk mereka selesa dengan 2-0 pada minit ke-83 sebelum Diaz menambah duka pelawat dengan gol kedua peribadinya dua minit berselang.

jdt-mengesahkan-gelaran-juara-liga-super-16

jdt-mengesahkan-gelaran-juara-liga-super

jdt-mengesahkan-gelaran-juara-liga-super-2016

Rangkuman Perlawanan JDT 3-0 Terengganu

Sumber : Berita Harian
Gambar : Johor Southern Tigers.


Download aplikasi The Sukan di Google Play