The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

JDT Mencatat Rekod Tanpa Kalah – Menyamai Rekod Arsenal 2004

Syafiq Freman pada October 23, 2016

Jika di England, ‘Arsenal Unbeaten‘ merupakan antara detik manis Liga Perdana Inggeris 2003/2004 buat pasukan dari utara London tersebut, kini di Malaysia Johor Darul Ta’zim berjaya menyamai rekod Arsenal┬ádengan cara yang lebih manis.

Barisan yang berjaya mengesahkan rekod tanpa kalah JDT lewat malam tadi.
Barisan yang berjaya mengesahkan rekod tanpa kalah JDT lewat malam tadi. Gambar oleh Johor Southern Tigers.

18 kemenangan dan 4 seri, Johor Darul Ta’zim akhirnya disahkan mencatat satu rekod baru buat Liga Super Malaysia lewat malam tadi selepas menewaskan Selangor 1-2 di Shah Alam. Sejarah yang mungkin sukar untuk diulangi oleh mana-mana pasukan.

Amri
Amri Yahyah memberikan penghormatan kepada Selangor selepas perlawanan tamat. Gambar oleh Johor Southern Tigers.

Disamping itu, JDT juga berjaya mencatat rekod (58) jumlah mata tertinggi dalam sejarah pasukan JDT mencatat hatrik kemenangan Liga Super sejak mereka berjaya memenanginya pada 2 edisi sebelum ini.

JDT kini berkongsi pencapaian bersama Selangor dengan 3 kali kejuaraan Liga Super.

2 pencapaian hebat JDT tahun ini boleh disimpulkan seperti berikut:

  • Tidak tewas sebarang perlawanan Liga Super.
  • Pasukan pertama mencatat hatrik kejuaraan liga 3 kali berturut-turut.

Liga Super merupakan Liga tertinggi di negara ini dan mempunyai kontroversinya yang tersendiri sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2004.