The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

JDT Juara Liga Super 2015 Walaupun Tewas

Encik Bakri pada August 22, 2015

FT | FELDA 2-1 JDT

Sah JDT muncul juara Liga Super kali kedua berturut-turut. Walaupun tewas JDT tetap muncul juara setelah Pahang tewas 3-1 kepada Terengganu. TAHNIAH JDT DAN TERIMA KASIH TERENGGANU

FT | TERENGGANU 3-1 PAHANG

JDT seharusnya berterima kasih kepada Terengganu setelah menewaskan Pahang 3-1. Pahang sekadar menghuni tangga kedua sebagai Naib Juara dibelakang JDT setelah gagal memanfaat peluang dengan kekalahan JDT kepada Felda.

Malam ini Pahang beraksi hamabr dan memberi gol mudah kepada Terengganu. Terengganu gagal memintas Selangor ditangga ketiga yang turut mencatat kemenangan dan sekadar berpuas hati di tangga keempat.

FT | PERAK 0-2 SELANGOR

Selangor mengesahkan tempat ketiga milik mereka setelah menewaskan Perak 2-0.

FT | LIONSXII 3-0 SIME DARBY

Sime Darby menamatkan perlawanan Liga Super terakhir mereka dengan penuh gaya dengan kekalahan 0-3 kepada LionsXII.

LionsXII menamatkan aksi mereka musim ini di tangga ke 6. Ini mungkin perlawanan terakhir LionsXII di liga super.

FT | KELANTAN 4-3 SARAWAK

Kelantan menewaskan Sarawak 4-3 di Kota Bharu. Setelah tamat semua perlawanan Liga Super Kelantan berada di tangga ke 9 walaupun berkongsi mata dengan Perak disebabkan perbezaan gol. Sarawak kekal di tangga ke 10 dan selamat dari penyingkiran.

KEPUTUSAN LAIN LIGA SUPER 2015

myresult-ligasuper.transformed

KEDUDUKAN AKHIR LIGA SUPER 2015

Liga Super 2015 Skor secara langsung keputusan Bola Sepak Malaysia FlashScore