Jawapan Tawadduk Jose Mourinho Selepas Perlawanan Akhir Piala EFL

Eikrem 5 bulan yang lalu

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah mencipta sejarah peribadi apabila memenandi Piala Liga buat kali keempat buat dirinya dengan tiga darinya ketika bersama Chelsea, dan ini sekaligus menempatkannya bersama-sama Alex Ferguson dan Brian Clough – dua pengurus yang memenangi Piala Liga empat kali.

Walaubagaimanapun, selepas perlawanan akhir semalam, Mourinho memberikan jawapan yang cukup tawadduk, dan tidak menjatuhkan pasukan lain.

Tandukan kemenangan Zlatan

Dalam perlawanan akhir tersebut, Southampton dilihat lebih mendominasi permainan, namun mereka dihalang oleh tiang gol, palang gol dan juga ofsaid.

“Saya nak cakap satu penghargaan kepada penyokong Southampton. Kita main dalam perlawanan akhir piala, dan kita dah menang tapi kita sebenarnya patut main dalam masa kecederaan.”

“Southampton tak sepatutnya kalah dalam masa 90 minit. Tu ja saya nak habaq,” Mourinho memberitahu wartawan.

Selepas perlawanan akhir, Mourinho juga didapat tidak senyum langsung, berbeza sekali dengan Rooney yang gembira menjulang piala meskipun tidak bermain walau sesaat.

Setelah turun dari podium, wartawan sekali lagi bertanya Mourinho, kenapa dia tidak senyum langsung, sedangkan mereka telah menang piala. Adakah dia tersalah makan yang membuatkan perutnya meragam?

Namun dengan tenang Mourinho menjawab,” Piala ini adalah untuk pemain, dan penyokong. Bukan untuk saya.

Mou masam mencuka

“Untuk pembangunan pasukan, bagus lah mereka dapat merasa piala. Lepas ni kita kena mempersiapkan diri untuk bertemu Rostov di Liga Europa dan juga Chelsea di Piala FA. Tidak lupa juga perlawanan Liga Perdana Inggeris yang akan datang.”