Jason Statham Dari Atlet Terjun Menjadi Bintang Filem Terkenal

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Jason Statham yang memegang watak Deckard Shaw dalam Fast and Furious 8 merupakan seorang Atlet Terjun yang pernah mewakili England di Sukan Commonwealth pada tahun 1990.

Selama 12 tahun Statham menjadi ahli Skuad Terjun Britain dan pernah beraksi di Sukan Commonwealth pada tahun 1990 mewakili England.

Foto : BBC

Tiada pingat dipungut oleh Statham dalam aksi terjun dan nasib juri bagi acara itu tidak diketahui samada hidup atau mati. Berani betul tak bagi markah tinggi.

Bola Sepak

Statham membesar bersama Vinnie Jones bekas pemain bola sepak yang kini menjadi seorang pelakon. Statham selalu beraksi bersama sebuah kelab bola sepak di Amerika Syarikat, Hollywood United FC.

Vinnie Jones yang bermain dari 1984-1999 merupakan seorang midfielder pernah beraksi bersama Wimbledon, Leeds United, Sheffield United dan Chelsea.

Hollywood United FC. Foto : Getty Images

Jones jugalah individu yang mengajar Statham apa itu bola sepak. Statham juga seorang pengamal seni pertahan diri yang padu seperti Tinju Tendang, Wing Chun, Karate dan Zapin.

Tetapi minat dan cinta Statham adalah kepada sukan terjun. Statham mengambil bahagian dalam acaran 1m dan 3m papan anjal serta 10m paltform.

Model dan Pelakon

Statham kemudian dikesan oleh agensi modelling dan dipilih menjadi model kerana beliau kelihatan seperti lelaki normal dan maskulin tidak seperti kebanyakkan model yang ada ketika itu.

Selepas bergelar model pada tahun 1994-1995 Statham membintangi beberapa muzik video.

Lapan tahun selepas meninggalkan arena terjun, Statham diperkenalkan kepada pengarah Britain, Guy Ritchie untuk watak dalam filem Lock, Stock and Two Smoking Barrels yang merupakan filem debutnya.

Dari sini bermula kerjaya Statham sebagai pelakon dari seorang penerjun.

Aksi Terjun Statham

Aksi terjunan Jason Statham di Sukan Komenwel Auckland 1990

Aksi Statham Bermain Bola Sepak


Share Tweet


Paparkan Komen