Jangan Jadi Penyokong Bodoh

Mohd Hazwan oleh Mohd Hazwan 7 bulan yang lalu

Baru saja beberapa game Liga Malaysia bermula, sudah ada segelintir penyokong yang dah tak senang duduk. Penyokong di Malaysia ni bukan boleh. Baru naik Liga Super dah letak impian setinggi gunung. Tenang masih awal lagi. Empayar Rom tak dibina dalam satu hari. Nak bina rumah tangga pun perlu ambil masa.

Ini ialah empayar Rom.

Para pemain dan jurulatih masih mencari formula untuk mewujudkan keserasian dan menguji taktikal yang paling ampuh untuk pasukan masing-masing.

Kalau kita kenang kembali sejarah permulaan karier bekas pengurus terhandal Manchester United, Sir Alex Ferguson pada tahun 1986. Debut pertama sebagai pengurus berakhir dengan kekecewaan. Manchester United tewas 0-2 kepada Oxford United. Musim pertama Sir Alex Ferguson di Old Trafford, Manchester United sekadar menduduki tempat ke-11 liga.

Kedudukan Manchester United Dari 1988-1992

Musim 1987-1988- Tempat Ke-2
Musim 1988-1989- Tempat Ke-11
Musim 1989-1990- Tempat Ke-13
Musim 1990-1991- Tempat Ke-6
Musim 1991-1992- Tempat Ke-2

Sir Alex Ferguson telah mencuba ramai pemain sepanjang tempoh membentuk sebuah pasukan walaupun hampir dipecat pada tahun 1990. Namun kejayaan menjuarai Piala FA menyelamatkan karier beliau pada tahun tersebut.

Rekod Bermula

Akhirnya, pada musim 1992-1993, Manchester United berjaya memperolehi kejuaraan pertama di bawah pengurusan Sir Alex bersama pemain-pemain seperti Eric Cantona, Mark Hughes, Steve Bruce dan lain-lain lagi termasuk pemain "Class of 92". Selepas itu, semuanya adalah sejarah yang masih belum dipecahkan mana-mana pasukan Liga Perdana Inggeris.

Pemain pencetus kebangkitan Manchester United

Berbalik kepada situasi Liga Malaysia tadi. Penyokong perlu memberi sedikit kepercayaan kepada pihak pengurusan dan para pemain untuk membuktikan kemampuan mereka sekurang-kurangnya sehingga pertengahan musim. Walaupun kau handal main Football Manager atau FIFA belum tentu lagi kau boleh jadi pengurus dan pemain yang power.

Takkan baru beberapa match kau dah nak bakar stadium, boikot match dan desak jurulatih letak jawatan. Jadilah penyokong yang bijak sikit.




Paparkan Komen