The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

“JANGAN BENCI AKU” : Perutusan Perpisahan Pter Cech Kepada Peminat Chelsea

Encik Bakri pada June 30, 2015

Semua makhluk bolasepak tahu bahawa Pter Cech telah meninggalkan Chelsea untuk menyertai jiran baik mereka Arsenal. Bersama Chelsea Cech telah memenangi 4 kejuaraan Liga Perdana, 4 Piala FA, 3 Piala Liga dan satu Champion League dan Europa League.

Di Laman Twitter beliau Pter Cech telah mengutuskan pesanan peribadi kepada para peminat Chelsea. Perutusan Pter Cech ini membawa maksud “JANGAN BENCI AKU”

petrthegooner

Ikuti perutusan Penuh Pter Cech yang telah di Melayu kan.

VERSI MELAYU

PERUTUSAN PERIBADI AKU KEPADA MU PENYOKONG CHELSEA

Tidak pernah terfikir olehku, tak pernah kurasakan ku akan pergi tinggalkan Chelsea tapi di waktu ini aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada mu Chelsea kerana air mata tidak kan bisa merubah perjanjian. Pasukan yang mana hampir setiap minit aku menghela nafas disana sejak July 2004, ku sangkakan di Kelab inilah akan ku tamatkan kerjaya sebagai seorang penjaga gol tapi itulah kehidupan, langit tidak selalunya cerah dan mendung mungkin berterusan. Aku hanya mampu merancang.

Sejak 2004 perjalanan hidupku sangat indah dan selalu berada diatas dan jarang-jarang berada dibawah mengecap kejayaan demi kejayaan bersama Chelsea. Kita berusah bersama untuk memenangi hampir setiap Piala di tanah Inggeris ini termasukalah Liga Europa dan kejuaraan yang paling Agung Liga Juara-juara Eropah. Apabila di renung kembali semua pencapaian termasuklah merangkul gelaran Juara Liga berganda pada 2010, gelaran back to back pada 2005 dan 2006 serta beberapa lagi gelaran liga dan Piala FA. Tidak tergambar perasaan ini hanya dapat diungkapkan adalah BANGGA!!! Sebagai satu pasukan kita bersama mencipta SEJARAH!!!

Pada musim panas yang lepas, keadaan berubah dan aku faham, aku bukanlah pilihan utama untuk pasukan tapi aku rasakan itu bukanlah masa yang sesuai untuk aku pergi. Dalam perjalanan liga musim lepas keadaan semakin jelas dan tidak berubah aku tetap bukan pilihan utama pasukan. Aku sedar akan perjalanan  kerjaya ku dan pada fasa ini aku tidak sepatutnya berada di bangku simpanan. Lantaran itu aku telah membuat keputusan untuk berpindah dan mencari cabaran baru.

Masa bermain yang terhad memberi akal ku masa untuk berfikir dan akhirnya aku sedar bahawa aku sangat gembira dan menikmati bermain bolasepak di peringkat tertinggi. Ini menyebabkan lahirnya rasa rindu yang membara kepada setiap perlawanan yang pernah aku lalui sebagai penjaga gol utama. Aku masih mempunyai komitmen yang sama kepada bolasepak, masih mempunyai motivasi yang sama dan dahagakan kejayaan seperti semasa di awal kerjaya. Aku sukakan cabaran dan kualiti yang dibawa oleh pemain lawan semasa bermain di Liga Perdana yang merupakan liga terbaik dan antara liga paling mencabar di muka dunia selepas Liga Super Malaysia.

Lantaran itu aku telah berbicara dengan Encik Abramovich dan menyatakan hasrat untuk pergi tetapi aku tetap mahu beraksi di Liga Perdana. Dari lubuk hati ku ini aku sangat berterima kasih kepada Encik Abramovich kerana menyokong akan keputusan ku ini. Encik Abramovich ini seorang yang sangat berkmakna kepada ku kerana tanpa beliau Chelsea tidak akan berada pada tahap ini sekarang. Encik Abramovich layak diberikan penghargaan yang agung untuk apa yang beliau lakukan kepada Pasukan dan kita semua

Aku secara peribadi sangat berterima kasih kepada semua pemain, staff, pengurus dan semua staff kejurulatihan yang pernah berkerja bersama selama aku di Chelsea. Tanpa sokongan mereka tersangat mustahil untuk kita mencapai kejayaan yang ada pada hari ini

Tapi sepanjang-panjang surat ku coretkan ini apa yang paling penting adalah setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan kesemua penyokong pasukan Chelsea. Aku lakukan semua untuk mu dan kamu membalasnya dengan kasih sayang. Tidak akan kulupakan walau sesaat dan kekal abadi di jiwa dan ragaku. Kita akan bertemu lagi tetapi kali ini aku kan berada di pintu gol yang lain. Aku harap kamu akan akan mengingati sejarah yang kita bina bersama dan memahami bahawa ini adalah masa untuk ku menempuh satu perjalanan yang baru.

Aku titipkan kepada semua orang di Chelsea FC semoga berjaya di musim yang baru dan musim-musim mendatang. Terima kasih untuk 11 tahun yang menakjubkan

petr sign

VERSI ASAL

my personal meseg