The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Jan Jorgensen Membaling T-Shirt Iskandar Ketika Perlawanan

Encik Bakri pada November 22, 2016

Jan Jorgensen sudah dikenali sebagai pemain yang panas baran di dalam gelanggang. Sifatnya itu kadangkala membuatkan permainan menjadi menarik dan mampu membuat penonton teruja tetapi apa yang Jorgensen lakukan pada perlawanan separuh akhir Terbuka China, dianggap melampaui batas.

Semasa pertukaran gelanggang pada set ketiga dan penentuan, Jorgensen telah mencampak baju yang tidak sengaja ditinggalkan Iskandar di kotak pemain lawan ke gelanggang bersebelahan sebelum ia dikutip jurulatih oleh jurulatih Iskandar.

Iskandar telah menyatakan bahawa perbuatan Jorgensen itu sebagai tidak menghormati Malaysia kerana terdapat bendera Malaysia pada baju itu.

“Baju saya mengandungi bendera Malaysia. Jika kamu tidak menghormati saya, tidak mengapa namun tolong hormat bendera di baju itu,” katanya.

Selepas perlawanan, Iskandar turut memberitahu media yang Jorgensen berterusan memanggilnya “Lee Chong Wei” dengan niat untuk menghinanya.

Tindakan Jorgensen itu mengundang rasa marah netizen dan blog badminton Malaysia dan luar negara serta mengkritik tindakan Jorgensen yang dilihat tidak memaparkan semangat kesukanan dan melampaui batas.

Jorgensen melalui laman Facebooknya telah meminta maaf diatas kejadian itu

“Saya meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terasa hati dengan insiden melempar baju Iskandar.

“Bukan niat saya untuk kurang ajar”, kata Jorgensen.