Jaguh FIFA Malaysia Umumkan Persaraan

Eikrem 6 bulan yang lalu

Satu khabar yang menyedihkan bagi dunia sukan elektronik(e-Sports) apabila jaguh Malaysia, Amirul ‘AmTuah’ Afandi mengumumkan persaraannya  daripada sukan yang semakin berkembang ini.

Menerusi satu posting di page Facebooknya, AmTuah menyatakan bahawa beliau terpaksa meninggalkan dunia e-sports demi tuntutan komitmen lain dan apa yang lebih dikesalkan ialah wang hasil kemenangannya ketika Asean Games for E-Sports (AGES) juga masih belum diperolehi.

Dalam kejohanan AGES 2016 pertengahan tahun lalu, AmTuah muncul juara FIFA dan sepatutnya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM34,400, namun sehingga hari ini AmTuah mendakwa beliau masih belum menerima hadiah yang dijanjikan.

AGES 2016 melibatkan Platinum Eden Sdn. Bhd. – penganjur dan penaja utama, Friends Worldwide Sdn. Bhd. – syarikat yang menguruskan kejohanan dan juga Esports Malaysia (ESM) – badan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Sukan Malaysia, untuk menyelia kejohanan ini.

Walaubagaimanapun, setelah kejohanan berakhir berlaku acara tarik tali antara ketiga-tiga pihak ini dan menyebabkan pemenang tidak mendapat hadiah seperti yang telah dijanjikan.

Persaraan AmTuah ini adalah satu kehilangan besar dalam sukan elektronik memandangkan prestasinya yang cemerlang dalam kejohanan-kejohanan yang disertainya. Walaupun begitu, AmTuah berjanji bahawa beliau akan terus membantu dan menyumbang kepada perkembangan sukan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini.

Posting asal AmTuah boleh dirujuk di sini :