The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Istiklol Sebuah Pasukan Misteri : Mario Gomez

Encik Bakri pada October 20, 2015

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez enggan terlalu dibuai dengan kejayaan kelab itu mara ke final Piala AFC 2015, malah menegaskan lebih banyak kerja keras perlu dilakukan.

Mengakui gembira skuad bimbingannya beraksi di pentas berprestij itu buat pertama kali dalam sejarah, Mario berkata dia lebih menumpukan kepada aspek persiapan kerana tidak banyak mengetahui mengenai pasukan Istiklol FC.

“Ramai yang gembira apabila pasukan-pasukan dari Kuwait dihalang dalam mana-mana perlawanan antarabangsa.

“Tetapi bagi saya, kita perlu mengharungi setiap langkah demi langkah,” kata Gomez yang dipetik daripada laman sosial Facebook rasmi pasukan itu, hari ini.

“Perlawanan akhir adalah sangat penting untuk JDT kerana ini adalah kali pertama sebuah pasukan dari Malaysia layak ke pusingan akhir di Piala AFC.

“Saya tidak tahu banyak tentang Istiklol FC, tetapi kami akan mengkaji profil pihak lawan bagi mempersiapkan diri dalam menghadapi mereka dari segi mengenali pemain, stadium dan juga kekuatan dan kelemahan mereka,”¬†katanya.

Sebagai rekod, JDT dan Istiklol masing-masing mara ke final selepas lawan mereka di separuh akhir, Qadsia SC dan Al-Kuwait dibatalkan penyertaannya selepas Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pada perlawanan separuh akhir pertama, Qadsia dan Al-Kuwait memiliki bekalan selesa dengan kedua-duanya melakar kemenangan ke atas JDT dan Istiklol. Dalam pada itu, Istiklol sebelum ini pernah menyingkirkan satu lagi wakil Malaysia di pentas AFC iaitu Pahang di suku akhir.

Tampil dengan kemenangan besar 4-0 di laman sendiri, kelab Tajikistan itu tewas 3-1 ketika berkunjung ke Pahang bagi aksi timbal balik. JDT dalam pada itu ketika ini masih menunggu status penyerang berbisa, Luciano Figueroa sama ada layak untuk beraksi di final nanti.

-Bharian


Download aplikasi The Sukan di Google Play