The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Issey Nakajima, Bikana Dan Lopez Kekal Bersama Terengganu, Paulo Rangel Untuk Dijual

Encik Bakri pada October 24, 2015

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hari ini mencapai persetujuan dengan penyerang antarabangsa Kanada, Issey Nakajima untuk sama-sama menandatangani kontrak baru yang akan menyaksikan pemain tersebut kekal bersama dengan Sang Penyu hingga ke akhir musim 2017.

Perbincangan di antara kedua-dua pihak ditangguhkan sementara sebelum ini apabila ada beberapa terma yang tidak dipersetujui. Namun perbincangan di antara kedua-dua pihak hari ini berjaya mencapai persetujuan bersama.

issey-nakajima-bikana-dan-lopez-kekal-bersama-terengganu

Nakajima yang muncul sebagai penjaring terbanyak Terengganu dalam kempen Liga Super musim ini dengan sembilan jaringan meneruskan kecemerlangan beliau dalam kempen TM Piala Malaysia 2015 apabila dua jaringan beliau menentang Kedah pada hari Sabtu baru-baru ini membantu pasukannya mencatat kemenangan pertama mereka dalam saingan Kumpulan A.

Beliau menyertai Terengganu sewaktu jendela perpindahan April untuk menggantikan pemain kelahiran Lubnan, Hassan Chaito yang terpaksa dilepaskan kerana kecederaan.

Selepas membuat penampilan pertama dalam perlawanan Terengganu menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Nakajima menemui sentuhan golnya dalam perlawanan Piala FA menentang Perak di Ipoh yang menyaksikan Sang Penyu layak ke peringkat separuh akhir pertandingan tersebut.

Namun kecederaan di pangkal perut menyaksikan Nakajima terpaksa berehat panjang dari bulan Mei sehinggalah ke bulan Julai sebelum kembali dengan hatrik dalam perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Paroi dalam bulan Ogos

Bulan tersebut terus menjaringkan gol yang akhirnya membantu Terengganu menamatkan saingan Liga Super di tempat ke empat. Di samping itu Nakajima juga dipilih sebagai Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my untuk bulan Ogos.

Nakajima juga berjaya membantu Kanada untuk melayakkan diri ke pusingan ke empat kelayakan Piala Dunia 2018 Zon CONCACAF dengan menewaskan Belize 4-1 secara agregat dalam pusingan ketiga.

Sebelum ini, Vincent Bikana dan Gustavo Lopez bersetuju untuk meneruskan khidmat masing-masing sehingga akhir musim 2016.

Rangel Untuk Dijual

Tatkala masa depan tiga pemain import itu sudah diketahui, kedudukan Paulo Rangel pula menjadi tanda tanya.

Ini susulan penyerang import dari Brazil itu sudah mula membuat onar walaupun masih terikat kontrak.

PAULO RANGEL / PENYERANG IMPORT TERENGGANU

“Rangel masih miliki kontrak, tetapi kita akan lihat samada kelab lain berminat mendapatkan khidmatnya kami akan melepaskan dia.

Pada Julai lalu, Paulo Rangel yang digantung tiga bulan, mencetus huru-hara apabila memohon dilepaskan daripada pasukan.

Lebih mengecewakan skuad Peteh, penyerang berasal dari Brazil itu dilihat sengaja mencipta alasan cedera dan memohon untuk pulang ke negaranya bagi menjalani rawatan kecederaan yang dialami sebaik menerima gaji bulan ini.

Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman berkata, penjaring terbanyak musim lalu itu ada berbincang dengan pihak pengurusan PBSNT untuk minta dilepaskan kerana mendakwa mempunyai masalah keluarga.

“Rangel ada memohon dengan PBSNT untuk dilepaskan tetapi selepas berbincang dan meminta pemain itu tebus kontrak dalam jumlah tertentu, dia enggan dan hanya memohon untuk pulang ke negara asalnya selama sebulan bagi menjalani rawatan pahanya yang cedera.

“PBSNT tidak menghadapi masalah dan membenarkan permohonan pemain itu tetapi dengan syarat dia perlu pulang semula ke Terengganu selepas tamat tempoh berkenaan.

“Sekiranya bekas pemain Selangor itu tidak menepati janji, PBSNT tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadapnya,” katanya.

Sebelum ini, penjaring terbanyak skuad Peteh itu digantung selama tiga bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas didapati bertindak kasar terhadap pengadil ketika pertemuan separuh akhir kedua Piala FA bertemu LionsXII.

Lebih malang lagi apabila dia juga perlu menjalani hukuman tambahan tiga bulan lagi sekiranya masih melakukan masalah disiplin.

Mengulas lebih lanjut, Arpin berkata sekiranya Rangel tidak lagi berminat untuk menyarung jersi pasukan Peteh untuk musim depan, dia harus membayar wang pampasan.

Ketika ditanya sama ada Rangel ada berhubung dengan pengurusan pasukan lain musim depan, beliau mendakwa tidak tahu menahu dengan perkara itu.

“Tetapi sekiranya perkara itu benar, mana-mana pasukan ataupun kelab yang berhajat untuk mengambilnya, kita akan minta wang pampasan sebanyak RM2 juta kerana pemain itu masih berbaki kontrak sehingga musim depan,” katanya.