Isco Diacu Pisau Oleh Penyokong Israel

Eikrem oleh Eikrem 5 hari yang lalu

Pemain Sepanyol, Isco, dilaporkan telah diacu pisau oleh seorang penyokong Israel yang memecah masuk ke padang selepas pasukannya menewaskan pasukan Tebing Barat tersebut 1-0 di tempat lawan.

Kemenangan Sepanyol tersebut hadir melalui jaringan padu daripada Asier Ilaramendi dan sejurus tamat perlawanan, enam penyokong Israel meluru masuk ke padang, menurut laporan Times of Israel.

Israel vs Spain --- WC Qualifier

Israel vs Spain --- HD Highlights

Footism 发布于 2017年10月9日

Salah seorang daripada penyokong tersebut dilaporkan telah menghuns pisau terhadap Isco namun penyokong tersebut berjaya disekat oleh polis yang berkawal di stadium.

Walaubagaimanapun, FA Israel menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan tiada bukti berkenaan isu tersebut.

Isco seperti biasa memecah belahkan perpaduan pertahanan pasukan lawan | Gambar : Dream Team

Pengarah komunikasi FA Israel, Shlomi Barzel berkata kepada Marca,"Menurut semua informasi yang kami ada, tiada bukti ada tanda-tanda bahawa pisau telah dibawa oleh sesiapa yang masuk ke padang.

"Kita tak tahu dari mana laporan ini timbul, kesemuanya adalah dusta!

"Lagipun aku tak rasa Sepanyol tak disukai di mana-mana mereka bermain. Pastu pula si Isco tu menerima banyak sorakan positif dan kain rentang, begitu juga pemain lain di padang," tambah Barzel.

Itulah, FA yang tak nak mengaku salah ni ikut perangai FA Israel sebenarnya.

Sepanyol menamatkan saingan kempen kelayakan Piala Dunia selaku juara kumpulan, dengan sembilan kemenangan daripada 10 perlawanan dan satu-satunya perlawanan yang gagal dimenangi adalah menentang Itali.

Israel pula menamatkan saingan di tangga keempat, gagal untuk menempatkan diri dalam pusingan kalah mati, di mana tempat tersebut berjaya direbut Itali.

Kali terakhir Israel layak ke Piala Dunia adalah pada tahun 1970 dan mereka sering menghadapi masalah keselamatan setiap kali perlawanan dilangsungkan di tempat mereka.

Perlawanan kelayakan menentang Albania bulan November tahun lalu terpaksa dipindahkan ke Tirana dari Shkodra selepas amaran serangan pengganas.

Yossi Benayoun sudah semakin tua | Gambar : Dream Team

Dalam perlawanan semalam juga menyaksikan bekas pemain Chelsea, Arsenal dan Liverpool, Yossi Benayoun melakukan penampilan yang ke-100nya bersama skuad kebangsaan Israel.

Pemain yang kini berusia 37 tahun tersebut kini sedang menamatkan sisa-sisa kariernya bersama kelab Jurusalem, Beitar Jurusalem.

Sumber berita : DreamTeam




Paparkan Komen