The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Video Pergaduhan Sesama Sendiri Ukah Dan Bunyamin Omar

Encik Bakri pada August 25, 2016

Jarang berlaku tetapi itulah hakikatnya, seorang menerima kad merah, seorang lagi berjahit di kepala.

Semuanya gara-gara bergaduh sesama sendiri dalam kem Selangor ketika aksi menentang Sarawak di Kuching, malam tadi.

Mohd Bunyamin Omar pasti tidak menyangka protesnya terhadap teguran Ugochukwu Ukah selepas gagal mengekang kelincahan Nur Shamie Iszuan daripada melakukan asakan, bakal menyebabkan dahinya terpaksa dijahit.

Tetapi itulah yang berlaku. Kerana marah tegurannya mendapat reaksi negatif, Ugochukwu pantas menghantuk kepalanya ke dahi Bunyamin sambil kedua-duanya bercakaran selepas itu.

Berlaku pada minit-minit akhir permainan, ia memaksa beberapa pemain lain masuk campur untuk meredakan keadaan.

Ugochukwu kemudian disingkirkan daripada permainan manakala Bunyamin terpaksa dirawat di tepi padang sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil, Zulkifli Ahmad.

Mujur ia berlaku hanya dalam tempoh kurang dua minit, jika tidak pasti kem Selangor terpaksa bekerja keras selepas hilang dua pemain serentak.

Pengendali sementara Selangor, K Gunalan, berkata dia tidak akan menyokong atau menyalahkan sesiapa berhubung insiden itu tetapi akan mengemukakan laporan kepada pengurusan pasukan dan berbincang dengan mereka untuk tindakan lanjut.

“Insiden ini tidak sepatutnya berlaku kerana kedua-duanya pemain profesional,” katanya.

Ketika insiden tersebut berlaku, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.

Sarawak mendahului pada minit ke-41 menerusi sepakan penalti Junior Aparecido Guimaro sebelum disamakan Adam Nor Azlin pada minit ke-75.

Pergaduhan Mereka Telah Tamat

Selepas perlawanan semalam Ukah telah memuat naik  gambar dilaman Instagram beliau bersama Bunyamin berserta caption permohonan maaf kepada semua ekoran dari insiden tersebut. Terbaiklah Ukah dan Bunyamin gaduh-gaduh manja sampai berdarah lepas tu berdamai untuk perlawanan seterusnya. Maka mereka hidup bahagia buat selamanya dan selesailah kes ini.

insiden-pergaduhan-ukah-dan-bunyamin-omar-the-sukan
Gambar : Instagram Fanatik Selangor

Kredit : Stadium Astro

Video Pergaduhan Ukah Dan Bunyamin Omar


Download aplikasi The Sukan di Google Play