Inilah Penyokong Sejati Yang Sebenar

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Satu klasik untuk masa depan yang penuh inspirasi terjadi ketika perlawanan UITM FC menewaskan PDRM FA 4-3 petang tadi di mana seorang penyokong UITM FC terus memberi sokongan walaupun secara solo.

Detik yang penuh bermakna nyata mencuri perhatian pemain dan pengurusan UiTM FC. Muhammad Afiq Imran, penyokong setia UITM FC merupakan pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi, cekal berdiri dan menyokong berseorangan di Curva The Lions Troops memberikan sokongan sepenuh hati kepada pemain The Lions.

Sokongan tidak berbelah bahagi Muhammad Afiq Imran dibalas dengan penuh penghargaan dari pemain dan pengurusan UiTM FC yang turut bersama sama menyanyikan lagu Wawasan Setia Warga UiTM sebaik wisel penamat dibunyikan.

Teringat kata-kata Sivaji The Boss : -

"Babi datang berkumpulan, Singa datang secara solo"

Mungkin Inilah Singa dimaksudkan Sivaji.

Sumber Asal




Paparkan Komen