Inikah Yang Digelar Tiki Taka Own Goal?

Share on facebook
Share on twitter

Saint-Etienne telah menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan menentang Paris Saint-Germain di saingan Coupe de la Ligue. Inikah Yang Digelar Tiki Taka Own Goal?

Paris Saint-Germain mudah menewaskan Saint-Etienne dengan jaringan enam gol berbalas satu di pusingan suku akhir.

Mauro Icardi membuka jaringan selepas dua minit permanan dengan rembatan kaki kanan menerobos sudut yang sempit.

Neymar pantas menggandakan kedudukan buat PSG dengan mudah dalam situasi satu sama satu untuk gol kedua.

Sebelum tamat separuh masa pertama, PSG mendahului 3-0 hasil jaringan gol sendiri dari gerakan tiki taka.

Icardi melengkapkan hatrik diseparuh masa kedua. Kylian Mbappe menjaringkan gol ke-6 selepas menyempurnakan hantaran Icardi.

Jaringan sendiri Saint-Etienne digelar sebagai Tiki Taka Own goal oleh segelintir pengguna media sosial.

Ini kerana sebelum gol sendiri itu terjadi pemain Saint-Eitenne telah memantulkan bola sesama sendiri sebanyak 4 kali.

Tiang juga terbabit dalam gerakan ini dan melantun ke belakang penjaga gol sebelum meleleh masuk ke gawang.

Hantaran flick yang jahat dari Mbappe berjaya mencari Angel Di Maria yang membuat larian bijak.

Di Maria membuat satu hantaran rendah sebelum bola melantun 4 kali sesama pemain lawan dan bola masuk.

Maka terhasillah Tiki Taka Own Goal. Bak coklat dicurah ke ladang gandum.

Mauro Icardi dalam perlawanan ini hanya melakukan 13 sentuhan saja sepanjang 72 minit permainan.

Dengan 13 sentuhan Icardi telah menjaringkan 3 gol dan satu bantuan gol untuk Kylian Mbappe.

Share on facebook
Share on twitter