Iniesta Sebenarnya Tidak Mahu ke Barcelona

Eikrem 4 bulan yang lalu

Kapten Barcelona, Andres Iniesta mendedahkan bahawa dia sebenarnya dulu enggan meninggalkan kampungya untuk menyertai Barcelona ketika masih di awal usia pensabunannya.

Iniesta yang juga merupakan kapten Sepanyol kini berusia 32 tahun bercerita dia menyertai kelab Catalan tersebut ketika berusia 12 tahun, dan pada waktu itu dia masih lagi berlatih bersama akademi kelb Fuenteabilla di Albacete, sebelum mencapai kata sepakat hasil perbincangan kelab dengan ibu bapanya.

Iniesta sewaktu kecil.

Menurut Iniesta juga, dia terpaksa dipujuk oleh kedua orang tuanya untuk ke La Masia, memandangkan dia mempunyai bakat bola sepak yang mantap.

“Reaksi pertama yang bagi ialah aku tak nak ke Barcelona sebab aku memang pentingkan hubungan dengan keluarga aku,”cerita Iniesta.

“Berminggu aku berbincang dengan daddy aku, dan lama-lama aku rasa aku boleh sahut cabaran ini.

“Daddy aku letakkan keyakinan yang tinggi terhadap aku, dan aku tahu bila dia cakap sesuatu kat aku selalunya dia betul.

“Aku hormat daddy aku dan aku tahu aku kena ambil risiko ini. Selepas aku ke Barcelona, aku rasa aku sedang lalui beberapa bulan yang paling teruk dalam hidup aku, tapi dengan bantuan rakan-rakan di sekeliling, hari demi hari akhirnya aku dapat lalui hari dengan tenang,” ujar Iniesta panjang lebar.

Jumlah trofi milik Iniesta

Iniesta sejak itu telah berkembang bakatnya dan memenangi lapan La Liga, empat Liga Juara-juara di samping trofi lain seperti Copa Del Rey dan Piala Super Eropah. Tidak dapat diketahui lagi bila Iniesta akan bersara, dan apabila masanya telah tiba, dunia tidak akan dapat lagi menyaksikan salah seorang pemain terbaik di dunia ini.

Artikel dicuri dan disunting dari FourFourTwo