The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gambar: Okezone

Indonesia Kembali Dengan Bergaya dan Malaysia Berterusan Tidak Bermaya

Encik Bakri pada September 7, 2016

Harimau Malaysia dimalukan pasukan jiran, Indonesia selepas tewas 0-3 pada aksi persahabatan Kelas A di Stadium Manahan, Solo sebentar tadi. Lebih perit untuk diterima, ia adalah perlawanan antarabangsa pertama skuad Garuda selepas lebih setahun berdepan penggantungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ia sama sekali berbeza dengan skuad Harimau Malaysia yang mendapat banyak pendedahan di peringkat antarabangsa terutama pada aksi kelayakan Dunia 2018/Piala Asia 2019 dan siri jelajah di Oceania pada Jun lalu.

Setelah melalui tempoh pergantungan Sang Garuda kembali dengan penuh gaya menumbangkan Harimau Malaysia. Satu permulaan manis buat Garuda walaupun beraksi bukan pada tahap sebenar, nyata Harimau gagal untuk menggaru sang Garuda.

Haru biru permainan dari Malaysia, seperti biasa menyepak mengikut arah telur. Telur siapa hingga kini tidak diketahui. Sehari sebelum perlawanan bermula Ong Kim Swee seakan sudah memberi bayangan alasan bakal diberikan setelah mengatakan pasukannya sedikit kepenatan melalui perjalan yang jauhvke Solo.

Permainan Malaysia yang berterabur, hantaran tidak kemas dan tidak tepat, bahagian tengah kelaut gagal merencana serangan dan seolah-olah tiada komunikasi antara pemain dan dua kesilapan mudah memberi dua gol awal kepada Indonesia.

Pemilihan pemain yang agak pelik, kita lupakan kelibat pemain JDT walaupun secara peribadi merindui sentuhan Safiq Rahim, hanya Fakri Saarani dan Badrol Bakhtiar sahaja yang dipilih dari pasukan Felda United dan Kedah dimana pemain-pemain kedua pasukan ini menunjukkan aksi yang konsisten sejak kebelakangan ini. Fakri dan Fadhli Sas jarang diturunkan mendapat tempat. Tidak ke pelik?

Comeback Usai Satu Tahun Absen, Indonesia Sukses Bantai Malaysia 3-0


Download aplikasi The Sukan di Google Play