The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gambar: Gambar : Mirror

Individu Terkaya Afrika Mahu Membeli Arsenal

Eikrem pada September 23, 2016

Manusia paling kaya di benua Afrika, Aliko Dangote – seorang ahli perniagaan dari Nigeria dilaporkan mahu membeli Arsenal dalam tempoh empat tahun dari sekarang.

Dangote yang mempunyai kekayaan USD 10.9billion menurut Forbes, berkata demikian ketika ditemuramah dengan stesen televisyen berita Bloomberg di New York, Rabu lepas.

Aliko Dangote - Lelaki Terkaya Afrika | Gambar : Mirror
Aliko Dangote – Lelaki Terkaya Afrika | Gambar : Mirror

Jika segalanya berjalan lancar, lelaki berusia 59 tahun itu bakal menjadi orang Afrika yang pertama yang memiliki kelab Liga Perdana Inggeris, yang kini didominasi billinair dari Amerika dan Arab.

“Pembelian ni bukanlah sekadar meneruskan perniagaan seperti biasa selepas beli, ini adalah berkenaan beli Arsenal dan ubah segalanya dari bawah.

“Saya berjaya dalam perniagaan dan saya rasa saya akan berjaya memimpin Arsenal menjadi pasukan berjaya,” kata Dangote.

Ditanya kenapa dia tidak membeli Arsenal sekarang, jawabnya kini dia sedang menyiapkan projek yang bernilai USD20billion di Afrika.

Stan Kroenke merupakan pemegang saham tertinggi Arsenal dengan 66% pegangan, dan mempunyai kekayaan USD8billion.


Download aplikasi The Sukan di Google Play