The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Idris Jala Berminat Kerusi Presiden FAM?

Encik Bakri pada September 19, 2016

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja, tokoh koporat Datuk Seri Idris Jala dikatakan berminat untuk mengisi kerusi panas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Berita tersebut nyata mengejutkan peminat bola sepak tempatan, malah ia hadir seminggu selepas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes turut menyatakan kesediaan mempertimbangkan bertanding jawatan berkenaan.

Jawatan Presiden FAM mula menjadi bualan selepas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyuarakan hasrat untuk berundur sejak mengambil alih tugas tersebut pada 2014.

Idris, 58, yang kini menggalas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri mungkin tidak mempunyai latar belakang luas dalam sukan mahu pun bola sepak.

Namun menurut sumber rapat bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) itu, kepakaran yang dimilikinya dalam memulihkan beberapa perniagaan atau industri boleh membantu memulihkan FAM yang sering menjadi mangsa kritikan ekoran prestasi hambar bola sepak tempatan.

“Beliau mempunyai rekod cemerlang dan sering me­lakukan tugasnya dengan amat baik apabila diminta memulihkan beberapa perniagaan atau indtustri, jadi pe­ngetahuannya itu boleh digunakan. Ada bagus­nya FAM mendapatkan bantuan daripada Idris Jala untuk mengubah nasib mereka.

“Idris membesar di rumah panjang dan mendapat doro­ngan oleh perkataan yang sering digunakan bapanya iaitu ‘ketui’ yang membawa maksud keinginan untuk menang sentiasa membara.

“Jadi, memang itulah yang diperlukan oleh FAM, seseorang yang mempunyai keinginan untuk mengubah nasib bola sepak melalui keupayaan hebat sebagai pemimpin serta pentadbir,” kata sumber berkenaan kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Kesediaan dua tokoh korporat untuk menawan kerusi No. 1 FAM sewajarnya diberi oleh barisan kepemimpinan badan induk tersebut.

Suntikan baharu sememangnya diperlukan FAM dan mungkin sudah tiba masa untuk memberi laluan kepada golongan korporat menerajui badan induk itu.

Kesediaan Idris dan Fernandes me­nerajui FAM membuktikan masih ada yang sa­yang dan mahu membantu bola sepak negara.

Pemilihan FAM bakal diadakan pada kongres ke-53 yang dijadual awal tahun depan selepas Jawatankuasa Eksekutif memutuskan tarikh kongres pada Oktober ini.

Calon Presiden perlu me­nerima sekurang-kurangnya satu pencalonan daripada ahli gabungan FAM dan mestilah warganegara Malaysia.

Sumber :  Utusan Online


Download aplikasi The Sukan di Google Play