Identiti Dua Individu Penting Bola Sepak di Facebook Akhirnya Diketahui

Eikrem oleh Eikrem 7 bulan yang lalu

Minggu ini merupakan satu minggu yang agak meriah dalam industri sukan atas talian, terutamanya dalam Facebook, di mana ada dua penemuan utama - positif dan negatif - berkenaan dua individu yang hebat dan 'hebat' dalam bidang mereka.

Kedua-dua individu yang dimaksudkan ialah Axello Firmino dan Encik Jimie.

Axello Firmino

Perbincangan mengenai taktikal bola sepak secara mendalam dalam medium bahasa Melayu agak suram ketika era Pra-Axello. Namun selepas kemunculan anak Bumi Kenyalang ini, senario taktikal bola berubah.

Kalau dahulu tidak ramai yang memahami konsep fungsi dan tugas setiap pemain di atas padang, contohnya pemain di bahagian serangan. Pada zaman pra-Axello, ramai yang hanya memahami pemain di bahagian serangan hanya terdiri daripada penyerang(striker), pemain tengah menyerang (attacking midfielder) dan pemain sayap (winger).

Namun Axello tampil dengan kajian dan minatnya yang mendalam dalam fungsi setiap pemain dan berkongsi pengetahuan mengenai inside forward, advanced playmaker, deep lying forward dan banyak lagi! Itu baru pemain di bahagian serangan, belum lagi posisi lain.

Komitmen Axello dalam menganalisis sesuatu perlawanan juga telah membantu umat bola sepak Malaysia untuk memahami konsep tiki-taka (kalau di Kedah tiki-takaq), gegenpressing dan evolusi-evoluis taktikal bola sepak daripada jurulatih hebat dunia seperti Antonio Conte, Pep Guardiola, Jurgen Klopp dan tidak lupa Jose Mourinho.

Nindia tuan badan Axello..

Dari awal kemunculannya, ramai yang tertanya-tanya identiti pemilik nama ini, sebelum segalanya terjawab apabila Axello muncul dalam Rancangan Bolatelly terbitan Radio Waklu untuk siaran Semuanya Bola. Dalam video tersebut Axello boleh dikategorikan sebagai seorang lelaki yang tenang, fokus dan agak pemalu.

Semoga Axello akan terus mencurah bakti berkongsi ilmu bersama peminat bola sepak di seluruh Malaysia.

Encik Jimie

Nama Encik Jimie mungkin tidak terkenal seperti Axello, namun apa yang menjadikan dia mampu mempunyai pengikut yang ramai ialah, dia mendakwa dia adalah jurulatih remaja di AC Milan!

Wow, bro. Wow!

Melalui akaun personalnya, Encik Jimie telah berkongsi info dan maklumat berkenaan AC Milan dan sering disudahi dengan hashtag #WeAreACMilan. Ulasannya mengenai taktikal bola sepak yang sebati dengan Itali, Cantenacio juga boleh dikatakan superb dengan penerangan yang panjang lebar, tepat dan jitu.

Sebelum menjadi jurulatih pemegang lesen kelas A UEFA, Encik Jimie turut mendakwa bahawa dia merupakan seorang doktor perubatan, namun demi minat yang mendalam dalam bola sepak, dia melepaskan tugasnya sebagai doktor.

Namun segala temberangnya pecah apabila co-founder SemuanyaBola, Ahmad Muzammil, telah memuatnaik satu status berkenaan siapa Encik Jimie yang sebenar di sebalik watak seorang jurulatih AC Milan.

Encik Jimie sebenarnya bukanlah seorang jurulatih di AC Milan seperti yang didakwa, bukan juga seorang doktor perubatan, dan bukan juga tinggal di Itali. Sebenarnya dia tinggal di utara tanah air dan dikatakan tinggal bersama kakaknya. Malah gambar di profilnya juga sebenarnya merupakan gambar jurulatih AC Milan yang bernama Alberto Lacendela.

Sebelum pendedahan ini, Encik Jimie seringkali bersikap holier than thou, iaitu dia lebih betul daripada orang lain. Malah Encik Jimie juga pernah mengherdik beberapa status page sukan yang berkongsi ilmu tentang Cantenacio di page mereka, satu ciri atau trait yang jarang ada dalam diri jurulatih.

Lebih gah lagi, Encik Jimie juga pernah ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), jawatan nombor dua di bawah Lim Tiong Kim, dan mereka berdua juga dikatakan sering berhubung untuk bertukar maklumat mengenai latihan dan model silibus terbaik untuk PPBN.

Lelaki ini ialah Alberto Lacandela - jurulatih akademi AC Milan dan gambarnya digunakan oleh Encik Jimie di akaun palsunya.

Selepas status Ahmad Muzammil dimuat naik, Encik Jimie telah membuang akaun Facebook-nya dan dia hilang seperimana hilangnya akhlak-akhlak terpuji dalam diri muda-mudi kita pada hari ini.

Impak daripada pendedahan itu, admin The Sukan, Encik Bakri telah hilang selera makan dan demam tiga hari kerana tertekan. Doakan Encik Bakri kembali sihat dan boleh mula mengUber seperti biasa.




Paparkan Komen