The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

EURO 2016 : Iceland – Kebangkitan Pasukan Kerdil

Eikrem pada September 15, 2015

Sebelum ini, Iceland hanya dikenali sebagai negara asal bekas pemain Chelsea dan Barcelona, Eidur Gudjohnsen. Tetapi sekarang, Iceland dikenali sebagai satu pasukan kerdil yang berjaya melayakkan diri ke kejohanan Euro 2016 di Perancis!

Pusingan Kelayakan Euro 2016

Euro 2016 merupakan penampilan pertama Iceland di kejohanan ini. Apa yang menarik, Iceland merupakan pasukan ketiga selepas England dan Republic Czech mengesahkan kelayakan mereka ke Euro 2016. Iceland layak selepas mencatatkan keputusan 6 menang. 2 seri dan dua kalah.

Dipusingan kelayakan Iceland hanya kalah dua kali kepada Turkey dan Republic Czech, manakala 2 kali seri menentang Kazakhstan dan Latvia. Dalam dua pertemuan dengan Belanda, Iceland mencatatkan kemenangan bagi kedua-dua perlawanan. Lebih menarik Gylfi Sigurðsson menjadi penjaring terbanyak kumpulan A dengan 6 gol.

Di Euro 2016 Iceland telah layak ke suku akhir dengan menyingkirkan England. Adakah ini sekadar nasib atau sememangnya Iceland sedang membina reputasi sebagai sebuah pasukan yang bakal di geruni? Jika dilihat dipusingan kelayakan Iceland sememangnya layak ke Euro 2016 dengan bergaya dan menyingkirkan pasukan gergasi Belanda.

Eidur Gudjohnsen - pemain Iceland paling berjaya dan memegang rekod penjaring terbanyak
Eidur Gudjohnsen – pemain Iceland paling berjaya dan memegang rekod penjaring terbanyak

Latar Belakang Negara Iceland

  • Keluasan : 102,775 km persegi – hampir menyamai saiz negeri Sarawak
  • Populasi : 329,100. – 10 kali ganda lebih kecil dari Malaysia
  • FA : Íslenska karlalandsliðið í knattspyrnu (KSI) – susah nak sebut ini
  • Ranking terendah FIFA : 131 (2012)
  • Ranking tertinggi FIFA : 34 (sekarang)

Sistem liga bola sepak Iceland

Liga bola sepak Iceland terbahagi kepada 4 divisyen utama. Divisyen tertinggi dalam pyramid bola sepak Iceland ialah Iceland Premier League yang mengandungi 12 pasukan. Jumlah pasukan ini sama bagi setiap divisyen 2 dan 3. Manakala divisyen 4 mengandungi 10 pasukan.

Iceland_FA
Persatuan Bolasepak Iceland

Memandangkan musim sejuk yang panjang di Iceland, liga bola sepak mereka hanya dimainkan pada musim panas dan bunga – iaitu dari Mei hingga September. Bagaimana Iceand boleh berjaya?

Penyediaan Infrastruktur Yang Mencukupi Dan Moden

Kebangkitan pasukan itu disuntik dengan revolusi Persekutuan Bola Sepak Iceland (FAI) pada 1996. Antaranya mereka mengubah tempat latihan dari lapangan terbuka ke ruang tertutup.

Presiden KSI, Geir Þorsteinsson banyak menekankan pembangunan akar umbi. Sebaik menjadi presiden KSI pada 2007, Geir Þorsteinsson telah memberi penekakan dalam isu penyediaan infrastruktur yan cukup dan moden.

Melalui kerjasama dengan kerajaan, KSI telah mewujudkan padang-padang bertaraf FIFA di setiap sekolah di negara tersebut. Menariknya, padang tersebut boleh digunakan secara percuma oleh sesiapa sahaja.

Akhirnya pada 2011, pihak pengurusan FAI memberi tanggungjawab pasukan kebangsaan mereka kepada lelaki Sweden – Lagerback – seorang pengurus yang terkenal dengan ketegasan dan kaya pengalaman.

Lagerback melakukan tugas pertamanya, menuntut FAI menyediakan fasiliti terbaik untuk skuad negara itu.

Antara aspek ditekankan ialah penyediaan pakar pemakanan untuk menguruskan diet pemain. Untuk penerbangan, pemain diberi layanan kelas satu dan menaiki pesawat udara sewa khas untuk ke kejohanan berprestij.

geir-thorsteinsson
Geir Þorsteinsson – Presiden KSI yang berpandangan jauh

Penambahan jurulatih berkualiti

Selaku bekas pemain dan pengadil, Geir Þorsteinsson sangat memahami keperluan pembangunan bola sepak. Dengan itu, beliau telah membuat satu dasar yang menggalakkan jurulatih-jurulatih amatur dan professional untuk mendapatkan lesen-lesen kejurulatihan peringkat tertinggi. Ini penting bagi membolehkan penyampaian ilmu yang tepat dan betul kepada pemain-pemain remaja.

Apabila kedua-dua kriteria utama tersebut telah diperkasakan, hasil positif mula dituai. Skuad wanita Iceland telah melayakkan diri ke kejohanan Euro 2009 dan 2013, manakala skuad bawah 21 lelaki telah layak ke EURO U-21 pada 2011.

Terbaru, mereka berjaya melayakkan diri ke kejohanan EURO 2016 di Perancis, mengenepikan saingan pasukan yang lebih berprofil tinggi – Belanda, Republik Czech dan Turki.

Kesimpulan

Sikap positif dan berpandangan jauh KSI telah membuahkan hasil. Mereka tidak perlukan skuad Iceland Muda A atau Iceland Muda B atau Iceland Muda C.

Mereka peka akan keperluan utama untuk sesebuah negara memajukan diri dalam sukan bola sepak. Tidak mustahil suatu masa nanti Iceland akan menjadi seperti Belgium – mempunyai ramai pemain kelas dunia.

Adakah FAM sedar akan modus operandi Iceland ini? Semestinya TIDAK.


Download aplikasi The Sukan di Google Play