Hoki Yang Ke Piala Dunia, Safiq Rahim Yang Menjadi Mangsa

Mohammad Safwan 1 bulan yang lalu

Hoki Malaysia layak ke Piala Dunia. Tahniah. Tapi yang aku tak faham kenapa ada sekelompok masyarakat kita komen di merata-rata page sukan sibuk sabitkan pemain bola dalam kejayaan sukan hoki ini ke piala dunia?

Sikit-sikit;

1. Safiq Rahim harap je dibayar gaji mahal tapi main tak ada pedoman hidup. Tengok pemain hoki macamana diorang main.

Why Always Me? (KickBola.Blogspot.Com)

2. Safiq Rahim harap je ada kereta mahal,tapi tahan bola berterabur. Tengok pemain hoki macamana diorang main.

Kereta Juga Dipersalahkan (Caranddriver.Com)

Komen berupa ini banyak berada di page-page sukan Malaysia. Tak boleh ke ucap tahniah dengan positif sambil bergembira kita layak ke piala dunia ni. Ini tak, sibuk nak masukkan hal yang tak berkaitan.

Bola dan hoki lapangannya berbeza. Kita kritik bila keadaan itu sesuai untuk dikritik. Contohnya masa kalah lawan Lubnan tempoh. Hah, masa tulah baru sesuai kita kritik di mana-mana page sukan untuk meraih like.

Sekarang ini sepatutnya kita bergembira dan fokus terhadap kejayaan pasukan hoki kita layak ke Piala Dunia tanpa perlu memperlekehkan mana-mana pihak pun.

Jadi sebaik-baiknya, kita menghayati suasana atau kejayaan indah ini bersama-sama dengan positif sambil mengucapkan;

“Tahniah The Speedy Tiger!”