Heung-Min Son Mendahului Ronaldo Dalam Undian Untuk Berada Di Muka Depan FIFA 20

Izuddin oleh Izuddin 1 bulan yang lalu

Penyerang Tottenham Hotspurs, Heung-Min Son berjaya menewaskan Cristiano Ronaldo untuk menjadi pemain yang akan menghiasi muka depan FIFA 20.

Dalam undian yang dijalankan oleh FIFPlay, beberapa pemain terkemuka dunia ketika ini telah disenarai pendek bagi undian memilih pemain mana yang akan menghiasi kotak depan permainan video popular iaitu FIFA 20.

Mana satu yang lebih cocok ? K-POP atau K-PORTUGAL ?

Pada bulan November lalu, Son mendahului pemain terkemuka dunia seperti Lionel Messi, Ronaldo, Mohamed Salah dan Neymar Jr. dengan memiliki undian sebanyak 48% !

Beberapa bulan berselang, ternyata semangat Asia untuk Asia masih kuat dalam diri peminat bola sepak di benua Asia.

Son masih lagi mendahului undian tersebut, mendahului Ronaldo dan Messi dengan kelebihan yang sangat tipis.

Son menerima undian sebanyak 17%, iaitu sebanyak 203,974. Manakala pemenang tempat ke-2, Ronaldo juga menerima 17% tetapi kurang sedikit dari Son, iaitu 202,691.

Di kedudukan ke-3 adalah Lionel Messi, yang menerima undian sebanyak 192,390. Bekas rakan sepasukannya yang kini merumput di Perancis bersama Paris Saint-Germain, Neymar Jr. berada di kedudukan ke-4 dengan mengumpul 180,740.

Tiada kelibat Safawi Rashid.

Mo Salah di kedudukan ke-5 disusuli dengan Thomas Muller, Javier Hernandez, Kylian Mbappe, Luis Suarez, Eden Hazard dan Antoine Griezmann.

Undian masih lagi dijalankan dan anda boleh membuat undia pada pautan ini FIFPlay.

Kuasa untuk menentukan pemain mana yang layak menghiasi muka depan FIFA 20 masih lagi tertakluk pada EA, walaupun pemain tersebut gagal memenangi undian ini.

Sebelum ini dalam undian untuk FIFA 19, Ronaldo menerima undian tertinggi, jauh meninggalkan pemain-pemain lain. Tetapi EA memilih untuk menggunakan 3 pemain sebagai muka depan FIFA 19 iaitu Neymar, Kevin De Bruyne dan Paulo Dybala.

Siapakah yang anda rasa layak untuk menghiasa cover FIFA 20 musim hadapan ?




Paparkan Komen