Heung-Min Son Mahu Tewaskan Manchester United Sebelum Berangkat Ke Piala Asia

Izuddin oleh Izuddin 6 bulan yang lalu

Penyerang Tottenham Hotspurs, Heung-Min Son berharap pasukannya mampu menewaskan Manchester United hujung minggu ini sekaligus meringankan sedikit impak Spurs kehilangan khimat beliau buat kali ke-2 untuk musim ini apabila beliau berangkat ke UAE untuk beraksi dalam Piala Asia 2019.

Son yang berada dalam prestasi terbaiknya bersama Spurs ketika ini merupakan sebahagian daripada skuad Korea Selatan yang mengambil bahagian dalam Piala Asia 2019 yang sedang berlangsung di United Arab Emirates (UAE) ketika ini.

3 mata menentang Setan Merah jadi sasaran utama Son sebelum berangkat ke Dubai

Sekiranya Korea Selatan berjaya layak sehingga ke perlawanan akhir, Son akan terlepas sekurang-kurangnya 5 perlawanan untuk Spurs.

Ini merupakan panggilan antarabangsa ke-2 untuk Son musim ini selepas pemain tersebut membantu negaranya memenangi pingat emas dalam Sukan Asia pada pertengahan tahun lepas. Dengan memenangi pingat emas, Son tidak perlu lagi menyertai latihan khidmat negara selama dua tahun yang ditetapkan Korea Selatan kepada semua warganegara mereka.

Sepatutnya Son sudah perlu melapor diri untuk menyertai kem skuad kebangsaan Korea Selatan tetapi beliau meminta pelepasan sementara bagi membolehkan beliau beraksi menentang Manchester United di Wembley hujung minggu ini.

Walaupun sedar panggilan antarabangsa kali ini mengganggu persiapan pasukannya, Son percaya dengan membantu Spurs 'memberikan' kekalahan pertama kepada Ole Gunnar Solksjaer, ia akan mengubat sedikit duka Spurs kehilangan khidmatnya selama beberapa minggu.

Son tidak lagi perlu menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun

"Bukan mudah sebenarnya untuk saya meninggalkan pasukan ini pada waktu sekarang. Saya berasa agak sedih dan meminta maaf, tetapi saya mahu memenangi perlawanan ini [menentang Manchester United] dan pergi ke Dubai dengan penuh keyakinan."

"Saya sentiasa bangga dapat menyarung jersi negara saya. Tetapi situasi saya agak sukar kerana saya sudah pon terlepas sebulan aksi sebelum ini."

"Saya mahu meningalkan Tottenham dengan mengutip 3 mata, dan berasa penuh yakin ke Dubai."

Dalam perkembangan lain pula, pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan bintang tengah Perancis, Paul Pogba cergas untuk diturunkan beraksi menentang Spurs.

Pogba sebelum ini mengalami kecederaan ketika United menewaskan Newcastle 2-0 tempoh hari dan tiada dalam skuad ketika menentang Reading dalam saingan Piala FA minggu lalu.

"Pogba kelihatan baik menjelang penghujung kem latihan. Beliau memang mengalami sedikit masalah tetapi bel

Pogba is fit and ready to rumble

iau berjaya melalui dua sesi latihan terakhir, jadi saya rasa beliau sudah sembuh dari kecederaannya."

Selain itu, Solskjaer turut memberikan perkembangan terkini mengenai status kecederaan pemain pertahanan Argentina, Marcus Rojo.

"Rojo pulang ke Argentina buat satu tempoh yang lama dengan mengalami kecederaan. Berapa lama beliau tidak akan beraksi ? Dari segi mental, amat penting untuk Rojo berada di luar buat seketika dan kembali dalam keadaan yang cergas."




Paparkan Komen