Hererra Bakal ke Manchester City

Eikrem 6 bulan yang lalu

Pep Guardiola memang dikenali sebagai seorang jurulatih yang suka mengangkat pemain muda untuk diketengahkan ke pasukan utama dan setakat ini, reputasinya di Barcelona dan Bayern Munich menceritakan segalanya.

Terbaru, Pep dijangka bakal membawa pemain muda Venezuela, Yangel Hererra dari kelan Atletico Venezuela. Hererra yang baru berusia 19 tahun, bermain di posisi pemain tengah telah melakukan debut untuk negaranya ketika menentang Brazil pada bulan Oktober tahun lalu, dan akan menyertai City selepas Kejohanan Bola Sepak Belia Amerika Selatan di Ecuador nanti.

Aksi Hererra ketika menentang Argentina

Pengumuman perpindahan ini telah dibuat oleh Atletico Venezuela di laman media sosial rasmi mereka. Sebaik mendaftar sebagai pemain City, Hererra akan dipinjamkan ke kelab satelit City, sama ada New York City FC atau Melbourne City FC.

Setakat ini, Hererra telah bermain sebanyak 32 kali buat Atletico Venezuela dalam Primera Divisyen, dan menjaringkan 3 gol. Kalau di Barcelona, Pep berjaya menaikkan Sergio Busquet, adakah Hererra bakal menjadi pemain tengah bertahan kelas dunia seperti Sergio nanti?