Harry Kane Membuktikan Beliau Bukan One-Season Wonder

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Harry Kane nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dikalangan peminat Liga Perdana Inggeris, Kane meneruskan kecemerlangan pada musim ini apabila sekali lagi muncul sebagai pemenang kasut emas. Bak kata orang tua-tua Golden Boot winner back-to-back.

Sebelum bergelar penyerang yang digeruni, Kane hadir sebagai pengganti Defoe yang mempunyai reputasi yang tinggi dan dianggap sebagai pengganti yang aneh serta tidak masuk akal lantaran usianya yang masih muda.

Kemampuan Kane Diragui

Pada musim 2014/15 Kane telah muncul sebagai penjaring kedua terbanyak di belakang Aguero apabila menjaringkan 21 gol. Pada ketika ini ramai yang mengkritik ketajaman Kane di depan gol dan menganggap itu hanya nasib dan Kane tidak mapu mengulanginya.

Gambar : www.premierleague.com

"Kane reti sumbat penalti je, Kanelti" Kata Mak Jemah.

"Kane ni jenis one-season wonder jer, kita bakor! kita bakor!" Sambung Ucop Wilcha menambah kutukan.

Langit tak selalunya cerah kerana bumi berputar di atas paksinya mengelilingi matahari. Putaran bumi tersebut menyebabkan sebahagian daripada bumi terdedah dan terlindung kepada cahaya matahari.

Gambar : SlideShare

Ini menyebabkan berlaku siang dan malam.

Kane Menutup Mulut Pengkritik

Pada musim 2015/16 kutukan mereka ini hampir menjadi kenyataan dengan permulaan lembap Kane di awal musim. Tetapi Kane berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak pada musim itu dan berjaya mengulanginya pada musim ini.

Gambar : www.premierleague.com

Kini segalanya berubah dan mulut puaka dari neraka jahanam berjaya ditutup selepas menjadi penjaring terbanyak untuk kali kedua berturut-turut. Kane juga pernah dipilih sebagai pemain terbaik bulanan Liga Perdana sebanyak 4 kali.

Gambar : www.premierleague.com

Statistik Ringkas Kane Musim Ini

Kane mempunyai nisbah minit per jaringan yang terbaik di liga dengan nisbah 87 minit per jaringan meninggalkan pesaing terdekatnya, Sergio Aguero dengan nisbah 120 minit per jaringan.

Gambar : www.whoscored.com

Kini Kane menjaringkan 78 gol dalam 113 perlawanan di Liga Perdana dan 99 gol dalam semua kejohanan untuk Spurs.

Musim ini sangat mencabar buat Kane apabila kerap mengalami kecederaan dan Kane berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak selepas menjaringkan 7 gol dalam 2 perlawanan terakhir. Untuk musim ini sahaja Kane telah mencipta 5 hatrik.

Gambar : www.whoscored.com

Harry Kane bernasib baik kerana tidak mengikut jejak Sergio Aguero yang bermain di Liga Super Malaysia bersama Melaka United kerana Kane tidak akan mampu untuk bersaing di Liga Super yang sangat mencabar.

Statistik Ini Membuktikan Harry Kane Sehebat Thierry Henry

Pada 1 Januari 2017, Harry Kane telah menjaringkan 2 gol ketika membantu Tottenham Hotspur menewaskan Watford 4-1 sekaligus menjadikan jumlah golnya buat Spurs kepada 59 gol dalamĀ 100 perlawanan.

Rekod Kane ini ternyata menyamai lagenda musuh tradisi, Arsenal, Thierry Henry yang juga menjaringkan 59 gol dalam 100 perlawanan.

Secara keseluruhannya Henry telah menjaringkan 228 dalam 377 perlawanan buat Arsenal dan mampukah Kane memecahkan rekod tersebut dan menyapu arang di muka peminat Arsenal?

Setelah mencipta rekod Arsenal, Henry berpindah ke Barcelona. Adakah Kane bakal ke Real Madrid?

Kane Yakin Memecahkan Rekod Shearer

Kane confident of breaking Shearer's PL record!

Do you think Harry Kane can break Alan Shearer's goalscoring record? He thinks he can!

Posted by Soccer AM on Friday, May 5, 2017

Ketika ditemurah, penuh yakin Harry Kane memberitahu Henry beliau mampu pecahkan rekod Shearer.




Paparkan Komen