The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Harry Kane : England Mampu Menjuarai Euro 2016

Encik Bakri pada June 25, 2016

Penyerang England, Harry Kane melaungkan keyakinan England mampu mucul sebagai juara Euro 2016. England bakal bedepan laluan sukar untuk mara ke final.

Bakal berdepan Iceland di Round of 16 dan Kane mungkin bakal diturunkan turut menolak dakwaan bahawa jentera serangan skuad England bergelut dengan prestasi untuk menemui penyudah.

harry kane dan wayne rooney

“Ia pasti kejohanan yang mampu kami menangi. Kami adalah salah satu pasukan terbaik, kami yakin dan tidak gentar dengan sesiapapun.

“Terlalu banyak yang diperkatakan mengenai undian dan siapa kami akan bertemu. Kami adalah pemain yang sentiasa berkeyakinan tinggi dan jika kamu mahu memenangi kejohanan utama, kamu perlu berdepan pasukan terbaik dunia.

“Saya tidak fikir kami jauh ketinggalan di belakang mereka,” kata Kane.

Kane juga dilaporkan telah mengalami kemerosotan disebabkan keletihan selepas melalui dua musim yang penuh prolifik. Semasa mengharungi perlawanan peringkat kumpulan England bertemu dengan pasukan yang bermain secara bertahan dengan baik menyebabkan Kane sukar menembusi jaring.

England menguasai sebahagian besar permainan dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan, tetapi dikecewakan dengan corak permainan lawan yang berkampung di kawasan sendiri. Bertemu Iceland juga bakal menyaksikan sekali lagi England bertemu pasukan yang bermain secara bertahan.

Situasi ini diakui oleh Kapten The Three Lions WayneRooney yang menjangkakan situasi sama bakal dihadapi apabila bertemu Iceland yang cukup berdisiplin ketika bertahan dan pantas dalam melakukan serangan balas.

Jika England berjaya memecahkan kekebalan blok ais dan menewaskan Iceland mereka bakal bertemu Perancis atau Ireland di Suku Akhir. Menurut Abang Din bila England bertemu Perancis barulah kita dapat melihat prestasi sebenar England.