The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Hari Ini Dalam Sejarah : Zidane Musnahkan Brazil Dalam Final Piala Dunia 1998

Eikrem pada July 13, 2015

12 Julai 2015 genap 17 tahun Zinedine Zidane memusnahkan Brazil di perlawanan akhir Piala Dunia 1998 di Paris.

Meskipun Brazil dibarisi pemain ternama dunia seperti Ronaldo, Roberto Carlos, Bebeto,Leonardo dan Claudio Tafarrel, Perancis berjaya mengawal permainan dan mengikut taktik yang diterapkan Aime Jacquet.

Baca juga : Zidane menanduk Marco Materazzi 

Misteri menyelubungi perlawanan ini apabila Ronaldo, yang dilihat sangat garang dalam perlawanan sebelumnya, gagal menyinar bahkan hanya mampu menghasilkan satu shoot on target. Beliau dikatakan terkena keracunan makanan. Malah ada yang mendakwa Ronaldo telah disantau.

Di kem Perancis, jentera tengah yang diketuai Zidane, Duggary dan Deschamps menghasilkan benteng kukuh di bahagian tengah padang. Penyerang pula, Emmanuel Petit, dengan berseorangan mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Brazil yang menggandingkan Caesar Sempaio dan Junior Baiano.

Separuh masa pertama, Perancis mendahului Brazil 2-0, hasil jaringan Zizou melalui tandukan padu ke gawang lawan, berpunca dari sepakan sudut.

Hujung babak ke 2, Petit menambah air limau ke luka Brazil dengan jaringan di minit-minit akhir perlawanan.

Kesudahannya, Perancis menghadiahkan Piala Dunia yang pertama buat rakyatnya dengan Zidane dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.