The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Haramkan Ultras Ke Stadium

Encik Bakri pada October 10, 2015

Kuantan: Khidmat orang tengah untuk menyelesaikan apa saja masalah antara penyokong Ultras Malaya dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak diperlukan kerana setiap kejadian sudah dirancang pihak tertentu.

“Motif utama kekecohan dan tindakan membaling suar ketika perlawanan antara Harimau Malaya dengan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, Selangor, bulan lalu tidak lain tidak bukan bertujuan melihat imej FAM tercalar seterusnya dikenakan tindakan FIFA.

“Lakonan itu dilihat berjaya, justeru saya berpendapat isu orang tengah tidak lebih daripada episod dalam drama bersiri.

“Selepas pelbagai usaha digunakan untuk memalukan barisan kepimpinan FAM dilihat kurang berkesan sebelum ini, akhirnya mereka berjaya mencipta kejutan melalui cara memalukan itu sehingga mengundang aib kepada negara,” kata bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail.

Beliau berkata, keputusan terbaik dan tepat yang perlu diambil FAM adalah haramkan penyokong Ultras Malaya daripada berada dalam stadium setiap kali perlawanan bola sepak diadakan.

Sumber : Harian Metro


Download aplikasi The Sukan di Google Play