Hanya 4 Pemain Liga Perdana Inggeris Tersenarai Dalam Top 100 Atlet Terkaya Di Dunia

Izuddin oleh Izuddin 4 hari yang lalu

Forbes baru sahaja mengeluarkan senarai 100 atlet terkaya di dunia dan agak mengejutkan kerana hanya 4 pemain Liga Perdana Inggeris sahaja yang tersenarai walaupun ia dianggap sebagai kejohanan paling lumayan di dunia.

Forbes mengambil kira pendapatan yang diperolehi atlet dari gaji, hadiah kemenangan, dan duit tajaan bermula dari Jun 2018 sehingga Jun 2019 dalam menentukan senarai atlet yang menerima pendapatan tertinggi di dunia.

Selepas selesai meneliti pendapatan atlet seluruh dunia, Forbes menyenaraikan penyerang Barcelona, Lionel Messi sebagai atlet yang menerima pendapatan tertinggi di dunia bagi tahun 2019.

Musuh ketat Messi yang juga pesaingnya sejak dulu lagi, Cristiano Ronaldo berada di tempat ke-2 dalam senarai tersebut disusuli dengan Neymar dan petinju Mexico, Canelo Alvarez.

Messi menerima pendapatan berjumlah £99.8 juta dalam tempoh tersebut manakala Ronaldo sedikit ketinggalan dengan menerima £85.6 juta.

Neymar melengkapkan senarai 3 teratas dengan jumlah pendapatan sekitar £82.5 juta, tidak jauh di belakang Ronaldo.

Agak mengejutkan kerana kejohanan sukan yang paling lumayan di dunia, Liga Perdana Inggeris hanya mempunyai 4 sahaja wakil dalam senarai 100 orang atlet.

Manchester United's Paul Pogba (left) and Alexis Sanchez terima gaji yang cukup lumayan walaupun sedar menghuni tangga ke-6

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba merupakan pemain yang menerima gaji paling tinggi dalam Liga Perdana Inggeris. Pogba mempunyai pendapatan sekitar £25.9 juta manakala rakan sepasukannya, Alexis Sanchez berada di tangga ke-53 dengan pendapatan berjumlah £24.2 juta.

Perancang Arsenal, Mesut Ozil dan penyerang Liverpool, Mohamed Salah turut tersenarai dalam atlet terkaya Forbes iaitu masing-masing menerima £23.7 juta dan £19.7 juta.

Petinju Mexico yang juga juara Middleweight dunia, Canelo Alvarez menghuni tangga ke-4 disusuli oleh lagenda tenis dunia, Roger Federer. Canelo mempunyai perjanjian kontrak mega manakala Federer pula menerima tajaan lumayan daripada Nike.

Berikut adalah 10 atlet yang menerima gaji tertinggi di dunia.

1. Lionel Messi (Football) - £99.8 million

2. Cristiano Ronaldo (Football) - £85.6 million

3. Neymar (Football) - £82.5 million

4. Canelo Alvarez (Boxing) - £73.8 million

5. Roger Federer (Tennis) - £73.3 million

6. Russell Wilson (NFL) - £70.3 million

7. Aaron Rodgers (NFL) - £70.1 million

8. LeBron James (NBA) - £69.9 million

9. Stephen Curry (NBA) - £62.7 million

10. Kevin Durant (NBA) - £53.1 million




Paparkan Komen