The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Hamilton Juara F1 2015 Dan Kejuaraan Peribadi Yang Ketiga

Encik Bakri pada October 27, 2015

AUSTIN, Amerika Syarikat: Pelumba Britain, Lewis Hamilton menjadi juara dunia perlumbaan Formula Satu buat kali ketiga, selepas memenangi Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) di sini, semalam.

lewis-hamilton-f1-champion-2015-point

Kejuaraan itu sah menjadi miliknya selepas pesaing terdekatnya, Sebastian Vettel yang memandu Ferrari hanya mampu menduduki tangga ketiga di belakang rakan sepasukan Hamilton dari Mercedes, Nico Rosberg.

“Ia detik terhebat dalam hidup saya,” katanya menerusi komunikasi radio pasukan sebelum menangis teresak esak sebaik melintasi garisan penamat dengan kelebihan 2.8 saat di depan rakan sepasukannya dari Jerman Nico Rosberg.

Nico mendahului pertarungan sebelum membuat kesilapan di penghujung. Hamilton muncul juara dengan perlumbaan berbaki 3 perlumbaan.

Hamilton muncul pemandu Britain pertama menjulang gelaran dua kali berturut turut dan mencapai impian menyamai rekod idolanya Ayrton Senna.

hamilton-champions-f1-2015

Juara dunia empat kali Sebastian Vettel menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas bermula di petak ke-13. Pemandu Jerman terbabit menghambat Rosberg pada lap terakhir.

Lewis Hamilton menyifatkan kejayaan merangkul tiga gelaran dunia yang mengikuti kejayaan jejak legenda, Ayrton Senna sebagai ‘detik terbaik’ dalam hidupnya.

Pemandu pasukan Mercedes AMG PETRONAS itu menjuarai perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat (AS), hari ini sekali gus merangkul gelaran dunia kedua berturut-turut.

Pelumba kelahiran Britain berusia 30 tahun itu berkata, kejayaan Senna yang dianggap sebagai insan contoh dalam hidupnya memainkan peranan penting dan menjadi inspirasi terhadap kejayaannya.

“Ini adalah masa terbaik dalam hidup saya,” kata Hamilton yang turut menjuarai gelaran dunia pada 2008 dan 2014.

Hamilton berkata, dia merasa berbangga kerana berjaya merealisasikan impiannya untuk menyamai pencapaian yang dilakar Senna dengan memenangi tiga gelaran dunia.

“Bagi saya, ia adalah sasaran. Saya mahu mendapat tiga seperti yang dimiliki Senna. Dia tidak lahir dari negara saya, namun dia menjadi lelaki yang menjadi inspirasi buat saya ketika kanak-kanak.

“Kini, saya tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Tiada lagi yang saya lihat untuk saya mahu ikuti dan saya merasakan saya memperoleh baton untuk diri saya dan Ayrton dan saya akan memegangnya dan melihat sejauh mana saya boleh membawanya.”

lewis-hamilton-f1-champion-2015

Ketika sidang media selepas perlumbaan, Hamilton jelas sukar untuk menyimpan perasaan dengan kejayaan yang diraihnya.

“Saya terlalu terharu ketika ini. Saya mengingati Kejuaraan British saya yang pertama dan apabila ayah saya memandu pulang ke rumah.

“Kami bernyanyi “Kami adalah juara” di dalam kereta ketika pulang. Saya banyak berhutang kepada mereka, ibu saya, ayah saya, keluarga saya dan semua orang yang banyak berkorban untuk saya.

” Bapa Hamilton, Anthony dan keluarganya begitupun tidak berada di AS untuk menyaksikan kejayaan terbabit. – AFP

lewis-hamilton-f1-champion-2015-point-baki