Hajat Memakai Baju Melayu Tidak Kesampaian Dan Tweet Faiz Subri Untuk Berjumpa Ronaldo Mendapat Perhatian FIFA

Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Hajat Faiz Subri untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich awal pagi esok tidak kesampaian kerana masalah cuaca yang terlalu sejuk.

Faiz Subri yang merupakan pemain Pulau Pinang bekata beliau akan memakai pakaian formal baju sut yang lebih selesa dengan cuaca sejuk sekitar -5 selsius.

“Keadaan di sini memang sejuk, memang saya akan pakai baju kot. Bukan pakai baju Melayu tak kena (sesuai) tapi terlalu sejuk.

Hasrat Faiz Subri untuk bertemu idolanya Cristiano Ronaldo mungkin menjadi kenyataan apabila Tweetnya melalui laman Twitter mencuri perhatian ramai termasuklah akaun rasmi Twitter FIFA yang cuba untuk merealisasikan hajat Faiz Subri..

Inilah Tweet yang di buat oleh Faiz Subri

FIFA dengan gentleman telah cuba menjadi orang tengah untuk menjodohkan Faiz dan Ronaldo. Tunggu Ronaldo balas je.

Dan lebih mengejutkan respon FIFA itu mendapat perhatian laman Twitter The Sukan dengan ucapan semoga berjaya.

Dikhabarkan Faiz Subri telah bertemu lagenda bola dunia. Terbaik

Pergh!!!

Semoga Faiz terpilih sebagai pemenang.