The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Hairuddn Omar Hairan Dengan Sikap FAM Yang Mengikut Telunjuk Singapura

Encik Bakri pada June 19, 2015

Ketua pasukan Angkatan Tentera Malaysia, (ATM) Hairuddin Omar terkilan apabila permohonan menangguhkan jadual perlawanan 8.30 malam selama sejam di Stadium Jalan Besar tidak dilayan.

Sepak mula perlawanan di antara Tentera dengan penyandang juara Liga Super, Lions XII dilangsungkan lebih awal berbanding mana-mana perlawanan Liga Super yang akan bermula pada 9.45 atau 10 malam.

Usaha penangguhan perlawanan olehn pasukan kendalian Hamid Ramli itu pada malam esok bagaimanapun ditolak oleh pasukan tuan rumah.

Hairuddin yang juga merupakan Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional mempersoalkan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menyusun jadual perlawanan malam esok.

“Liga kita, kita yang menganjurkan liga kita. Kita punyai hak lbh besar tp kite tunduk kpd mereka.

“Bukannya memohon utk ditunda ke tarikh lain hya minta untuk di lwt kan sedikit waktu perlawanan kerana kick off 8.30pm sgt tdk sesuai krn pemain hanya punyai masa yang singkat selepas waktu berbuka,” kata Hairuddin menerusi akaun facebook.

Hairuddin turut mengkritik Jawatankuasa Pertandingan FAM yang tidak memikirkan kesan kepada pemain kerana tempoh yang singkat antara waktu berbuka puasa dan sepak mula.