The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Hadiah TMJ Untuk Penyokong Bolasepak Malaysia

Encik Bakri pada November 19, 2016

DYAM Tunku Mahkota Johor telah membuat satu kenyataan melalui laman Facebook JOHOR Southern Tigers bahawa bakal memberi hadiah kepada seluruh penyokong bolasepak Malaysia dan hadiah berkenaan adalah sumbangan baginda kepada bolasepak tanahair.

TMJ juga telah memaklumkan beliau menerima banyak panggilan yang mahukannya menjadi presiden FAM.

“Kepada semua peminat bola sepak di Malaysia, untuk makluman anda saya telah menerima begitu banyak panggilan yang memujuk saya untuk menjadi Presiden FAM. Ini termasuk panggilan daripada Perdana Menteri, Menteri Belia dan Sukan, media-media, dan juga presiden kelab-kelab lain serta ahli gabungan.

Tetapi beliau tegas dan konsisten dengan keputusan sebelum kerana tidak mahu penglibatan beliau bersama FAM akan menimbulkan konflik

“Saya memberitahu mereka bahawa saya tidak sesuai bagi jawatan tersebut atas dasar wujudnya konflik kepentingan. Seperti yang anda semua sedia maklum, dana dalam FAM telah pun habis. Kelab-kelab lain sedang menghadapi masalah kewangan dan ianya turut melibatkan pasukan kebangsaan.

Walaupun menolak untuk menjadi presiden FAM TMJ tetap akan membantu pasukan dan liga Malaysia atas kapasiti dirinya sendiri dan TMJ juga menerangkan perancangan beliau untuk masa depan bolasepak Malaysia.

“Apa yang telah saya lakukan setakat ini adalah berbincang dengan pihak Astro dan mereka pula akan berbincang dengan rakan kongsi berpotensi yang lain seperti FoxSports dan Telekom Malaysia bagi menguruskan liga.

“Astro akan berurusan secara terus dengan kelab mengenai hak-hak penyiaran mereka dan tidak akan ada orang tengah dari FAM. FAM hanya akan bertindak sebagai penjaga liga dan tiada lagi FMLLP.

“Setiap tiga bulan sekali mesyuarat FAM akan diadakan di setiap negeri dan para penyokong diberi peluang untuk bertanya apa sahaja soalan selepas mesyuarat tersebut bagi mengetahui perkembangan bola sepak tanahair. Pengadil akan menjadi sebuah badan bebas.

“Wajib untuk semua kelab agar mempunyai projek-projek pembangunan mereka sendiri. Kelab-kelab yang gagal membayar gaji akan dibatalkan penyertaan. Satu pasukan kejurulatihan dari Sepanyol akan menjadi jurulatih pasukan kebangsaan.

“Saya yakin dengan formula ini, kita akan mempunyai liga yang lebih profesional, membantu segi kewangan kelab dan memiliki persaingan yang akan membawa kepada peningkatan dalam prestasi pasukan kebangsaan kita.

“Ini adalah sumbangan ikhlas saya kepada peminat bola sepak negara. Nikmatinya.

Semoga usaha murni TMJ bakal terlaksana demi masa depan bolasepak negara.