Haaland Mahu ke Manchester United

Share on facebook
Share on twitter

Semenjak dua menjak ini, nama pemain muda Norway, Erling Braut Haaland, menjadi sebutan para peminat bola sepak di seluruh dunia selepas dia memperagakan aksi yang menakjubkan buat RB Salzburg dalam kempen Liga Juara-Juara(UCL) musim ini.

Anak kepada legenda Nottingham Forest, Alf Inge Halaand, ini telah menjaringkan lapan gol dalam lima perlawanan UCL – jumlah yang tinggi bagi seorang anak muda yang kalau remaja seusianya di Malaysia sedang melanjutkan pelajaran di kolej matrikulasi.

Berikutan peningkatan mencanaknya, maka banyak kelab terkemuka dunia ingin mendapatkan khidmatnya, antaranya ialah Real Madrid, Borussia Dortmund, Juventus, Kelantan, Atletico Madrid dan juga Bayern Munich.

Akan tetapi, di antara kesemua kelab tersebut, Haaland dikatakan lebih berminat untuk menyertai kelab yang biasa-biasa kehebatannya, Manchester United.

Ini kerana Haaland mempunyai sejarah bersama pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, di mana mereka pernah bekerjasama di kelab Molde.

Lagi pula, Haaland berminat dengan United yang dilihat memfokuskan pemain muda sepanjang kempen musim ini dan melihat peluang untuknya berkembang maju akan lebih terjamin di Old Trafford.

Walaubagaimanapun, ejen kepada pemain ini, Mino Raiola, lebih suka jika Haaland menyertai Juventus seperti mana Matthew De Light pada awal musim ini. Selain Juventus, Raiola juga menasihatkan supaya Haaland berpindah ke kelab sederhana di Bundesliga selama dua tahun sebelum berpindah dengan nilai yang lebih tinggi ke kelab gergasi.

Sebagai rekod, dalam satu laporan di Austria, Haaland hanya mempunyai klausa perpindahan sebanyak GBP20 juta – nilai yang sangat rendah dan berbaloi jika mengambil kira prestasi semasa pemain ini.

Andai Haaland jadi menyertai kelab Syaitan Merah tersebut, ada tiga kemungkinan pada masa depannya; i) kekal sehingga pencen dan menjadi legenda, ii) Menyertai Real Madrid selepas tiga musim, iii) Dipinjamkan ke Derby County.

Mana satu pengakhirannya?

Share on facebook
Share on twitter