The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Guus Hiddink Pengganti Jose Mourinho

Encik Bakri pada December 19, 2015

LONDON: Guus Hiddink Pengganti Jose Mourinho. Guus Hiddink tiba di Lapangan Terbang Heathrow, di sini, malam tadi bagi menggalas tugas selaku pengurus sementara Chelsea sehingga penghujung musim ini.

Pengendali berusia 69 tahun yang pernah menggalas tugas sama di Stamford Bridge pada tahun 2009 itu, hadir untuk mengantikan Jose Mourinho yang dipecat.

Hiddink dijangka memegang kerusi ditinggalkan Mourinho itu sehingga hujung musim ini ketika kelab sedang cuba mendapatkan khidmat Diego Simeone.

Pengurus dari Belanda itu berkata: “Saya mahukan lebih banyak maklumat secepat mungkin. Chelsea berada dalam situasi yang teruk dan pasti ada sebabnya.

“Saya mahu mendapatkan perkara yang baik dulu sebelum saya dapat membuat sebarang keputusan. Sama ada ya atau tidak untuk melihat kepada perlawanan seterusnya, itu bergantung kepada perbincangan pertama nanti.

“Selepas itu, saya akan membuat keputusan sekiranya saya perlu berada di London lebih lama lagi,” kata Hiddink.

Sementara itu, latihan Chelsea tampak sedikit suram dengan ketiadaan Mourinho, termasuk kapten, John Terry dan Cesc Fabregas, yang masing-masing masih terkejut dengan pemecatan itu. – AGENSI


Download aplikasi The Sukan di Google Play