Guardiola Percaya Phil Foden Sudah Bersedia Untuk Dipanggil England

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya Phil Foden sudah bersedia untuk dipanggil beraksi dengan skuad senior England walaupun umur baru mencecah usia 18 tahun.

Produk akademi Manchester City itu telah mewakili England dalam pelbagai peringkat umur dan telah dicanang untuk menerima panggilan dari Gareth Southgate untuk berada dalam skuad England bagi musim baru ini.

Foden sudah mewakili England pada peringkat umur 16 dan 19 tahun.

Walaupun Southgate mahu pemain muda mewakili England, secara merit Foden masih lagi belum layak untuk menerima panggilan antarabangsa memandangkan beliau hanya beraksi selama 8 minit sahaja dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Sebelum ini, Jose Mourinho teruk dihentam pihak media Inggeris kerana gagal membantu perkembangan seorang lagi pemain muda England, Marcus Rashford untuk menjadi pemain berkelas dunia.

Guardiola turut ditanya adakah beliau berasa tertekan dalam membantu Foden menjadi pemain utama City dan England, ini jawapan beliau:

Guardiola dakwa Foden sudah bersedia bermain dengan England walaupun kurang beraksi dengan Manchester City.

"Tidak, saya tidak tertekan sama sekali. Saya berada dalam tekanan untuk memenangi perlawanan tetapi tidak tertekan dalam hal tersebut."

"Kami akan cuba sebaik yang mungkin untuk membantu Foden. Saya akan berikan yang terbaik dan saya juga percaya Foden sudah bersedia [menerima panggilan England]. Tiada keraguan mengenai perkara tersebut."

"Beliau menunjukkan etika kerja yang cemerlang dan Foden akan beraksi dalam banyak perlawanan musim ini. Selepas itu, terpulang kepada Gareth Southgate untuk memanggilnya atau tidak."

Foden melakukan 10 penampilan bersama The Citizens musim lepas, walaupun sebahagian besar daripadanya datang daripada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah selepas City mengesahkan kelayakan ke pusingan seterusnya.

City akan menyambung aksi Liga Perdana Inggeris dengan melayan kunjugan Fulham di tempat sendiri dan beberapa hari kemudian mereka akan memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah dengan pertemuan menentang Lyon, juga di tempat sendiri.

Bermula minggu ini sehingga hujung tahun, City akan menghrungi sekurang-kuranyga dua perlawanan setiap minggu, memandangkan penglibatan mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Liga yang akan bermula tidak lama lagi.

Selain Foden, Leroy Sane juga masih lagi belum diletakkan dalam kesebelasan utama musim ini. Rugi betul

Guardiola turut memberi penjelasan mengenai kekurangan waktu permainan yang dihadapi Foden musim ini sama sahaja seperti yang dihadapi Leroy Sane. Kedua-dua pemain ini tidak dapat beraksi dengan kerap kerana kualiti skuad Manchester City yang agak padu buat masa sekarang.

"Foden ada dalam skuad. Jika beliau  tidak bersedian, beliau tidak akan ada dalam skuad."

"Foden sudah bersedia untuk diturunkan, kes beliau sama sahaja dengan Leroy Sane. Mereka perlu bersaing dengan pemain lain seperti David Silva, Ilkay Gundogan, Kevin De Bruyne apabila cergas nanti, dan juga Fernandinho. Semuanya pemain hebat-hebat belaka."




Paparkan Komen